10 JENIS MAKANAN YANG BUAT KULIT MUKA SIHAT, CANTIK & BERSERI-SERI !


Dalam menjaga kelembutan, kehalusan dan kecerahan kulit makanan di dapur sama pentingnya dengan krim perawatan kulit yang kita sering gunakan. Nutrisi yang baik merupakan asas untuk kesihatan kulit. Oleh itu, semestinya anda perlu tahu apa makanan sihat untuk kulit, bukan?
Terdapat banyak langkah untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Oleh itu, 

hari ini yanie mahu berkongsi 10 jenis makanan yang boleh bantu anda 

mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan berseri!



1# LADA BENGGALA
Selain dimasak Lada benggala boleh juga dimakan mentah. Satu biji lada benggala cukup untuk membekalkan 100% keperluan vitamin C untuk sehari. Juga mengandungi vitaminB6 dan serat makanan yang membuatkan pemakannya merasa cepat kenyang.
Terdapat karotenoid dalam lada ini yang boleh membantu mencegah kedutan kulit dan meningkatkan peredaran darah ke kulit. Ia membantu kulit kelihatan lebih muda! Karotenoid juga agen melawan jerawat. Ia hanya ada 30 kalori. Memang bagus untuk mereka yang takut kepada kalori tinggi. Kiranya kita suka makanan pedas, lebih baik menggunakan lada ini. Atau kalau tidak cukup pedas, campurkan lada ini bersama cili lain dalam masakan.
2# COKLAT GELAP
Untuk memiliki kulit yang cerah dan sihat, makanlah coklat. Ia kaya dengan antioksidan, asid lemak dan flavanols yang menggalakkan pertumbuhan kulit baru. Antioksidan dalam coklat gelap membantu mengurangkan kekasaran kulit dan melindungi kulit dari sinaran ultra unggu matahari. Kulit menjadi lebih sihat bila coklat membantu darah beredar dengan baik pada kulit.
Coklat yang baik ialah coklat mentah yang belum diproses. Coklat mentah ini biasanya dipanggil coklat masakan (cooking choc.) ia mungkin berbentuk kepingan bar atau serbuk.
3# BUAH AVOKADO
Buah avokado kaya dengan vitamin B dan bukan sahaja digunakan dalam banyak produk muka bahkan produk untuk kulit . Unsur Niacin (b-3), adalah sangat penting untuk kulit licin, sihat, dan boleh membantu mengurangkan kulit gatal-gatal, merah, atau bengkak. Jika anda memilih buah-buahan ini, anda sama ada boleh mengambil dalam salad, smoothie, atau anda boleh memilih untuk menggunakan buah-buahan sebagai skrub dengan menggosok satu muka dengan bahan-bahan lain semulajadi, untuk membantu penampilan keseluruhan kulit .

4# BUAH BERI

Vitamin C merupakan satu lagi unsur penting untuk kulit yang sihat. Dari strawberi hingga ke buah beri hitam, vitamin akan bekerja untuk membantu membina gentian kolagen, dan membuatkan kulit kelihatan lebih muda. Antioksidan adalah juga sangat tinggi di dalam buah beri yang anda makan, dan ini adalah penting untuk membantu keradangan kulit. Sama ada anda mengambil smoothie, atau hanya makan strawberi beberapa biji setiap hari, mereka adalah sumber yang baik untuk kulit yang lebih sihat.


5# IKAN SALMON
Salmon bagus untuk melawan tekanan, kebimbangan dan kemurungan diri. Ia membekalkan keperluan vitamin D untuk tubuh. Vitamin D bertanggungjawab menjaga hati, tulang, usus dan otak. Salmon juga kaya dengan asid lemak omega-3, lemak yang baik untuk untuk melawan radang, kedutan dan jerawat. Lemak ini juga membantu ‘melembabkan’ kulit termasuk kulit kepala. Ini membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebat dan sihat.
6# TEH HIJAU


Teh hijau merupakan sumber antioksidan yang sangat baik, juga asid amino yang unik, L-heanine yang membantu menenangkan badan dan mengurangkan tekanan. Apabila teh ini dalam keadaan panas, ia akan mengeluarkan  catechins, sejenis antioksidan yang terbukti sebagai anti-barah dan anti-keradangan. Teh hijau juga mungkin dapat mengurangkan risiko mendapat tekanan darah tinggi. Minum 3 cawan atau lebih setiap hari untuk hasil yang memuaskan.



7# MINYAK KELAPA DARA
Mengandungi asid laurik, iaitu agen antibakteria dan antivirus yang mampu menjauhkan jangkitan virus, keradangan dan jerawat. Juga kaya dengan adis lemak dan vitamin E yang menjadikan kulit lembab, lembut dan membantu mengurangkan kedut.
8# BAYAM
Bayam adalah makanan yang sihat dan kaya dengan nutrien yang harus dimasukkan ke dalam makan seharian. Ia merupakan sumber terbaik untuk zat besi, folat, chlorophyll, Vitamin E, magnesium, Vitamin A, fiber, protin tumbuhan, dan Vitamin C. Ia sangat bagus untuk kulit kerana kebolehan antioksidanya serta Vitamin A, C dan E. Dengan pengambilan bayam ke dalam makanan, anda dapat membersihkan kulit dari dalam.
9# YOGURT
Dengan kandungan protein yang tinggi, yogurt akan membantu mewujudkan kulit yang lebih anjal. Yogurt Yunani adalah lebih bermanfaat, kerana ia mengandungi lebih daripada dua kali ganda jumlah protein, dan tinggi dalam serat. Sebagai manfaat tambahan, terdapat beberapa perisa yang hebat, dan anda boleh menambah beberapa buah beri, atau madu, untuk rasa yang lebih sedikit.
10# LOBAK MERAH
Bukan sahaja baik untuk mata, lobak merah juga baik untuk kulit. Ia adalah sangat bagus untuk membersihkan cela akibat jerawat. Lobak merah kaya dengan Vitamin A dan dapat menghindari lebihan pengeluaran sel di lapisan luar kulit dimana ia menjadi tempat sebum berlebihan bergabung dengan sel kulit mati lalu menutup pori-pori kulit.
Vitamin A yang terdapat di dalam lobak merah juga dapat mengurangkan pertumbuhan sel barah kulit. Jadi pastikan anda memakan separuh cawan baby carrot setiap hari untuk kulit yang cantik.
--------------------------------------------------------------
Kita tidak perlu makan semua ini sekaligus. Tetapi adalah bagus untuk memakan salah satunya dalam menu makanan setiap hari!
Pastikan untuk tidak terlalu banyak makan makanan ringan, banyak gula, lemak trans dan sebagainya yang tidak bagus untuk kesihatan anda.
Alhamdullilah yanie memilih SET KECANTIKKAN SHAKLEE untuk dapatkan KULIT SIHAT CANTIK DAN BERSERI-SERI. Yanie memilih SUPPLEMEN SHAKLEE kerana nutrisi yang baik terdapat dalam setiap vitamin yang yanie makan. Paling penting ianya HALAL SELAMAT BERKESAN & SEMULAJADI. Anda juga mahukannya. Jangan tunggu lagi. Anda hanya perlu KLIK dibawah untuk tahu TIPS KULIT BERSERI DI AIDILFITRI !

--------------------------------------------------------------
ANDA JUGA BOLEH HUBUNGI YANIE BILA-BILA SAHAJA. YANIE AKAN BERIKAN SERVIS TERBAIK PUNYA UNTUK ANDA YANG MENJADI CUSTOMER YANIE.

FB : https://www.facebook.com/elyanie.cheros
Email : elyanie_cheros@yahoo.com
SMS@Whatsapp : 019-4644386
FB PAGE :https://www.facebook.com/ElzaVitacom

No comments:

Post a Comment