Resepi Pasta Goreng Mudah Untuk Berbuka Puasa!

Assalammualaikum semua dan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak kepada muslimin muslimat semua yang mengenali yanie mahupun tidak.

Yanie nak kongsikan resepi pasta goreng semudah 123 untuk dijadikan juadah berbuka puasa untuk esok.

Semua barang mudah dicari dan didapati walaupun di kedai runcit biasa. Tak perlu serabut nak sediakan juadah berbuka. Masak simple tapi dengan penuh kasih sayang dabn pastinya sedap.


Bahan-Bahan :

Bawang putih - 3ulas
Bawang merah - 1biji
Cili padi - 6biji
Cili blander - 3sudu
Sosej - 4batang dibakar
Pasta - 300g direbus
Daun Sup Daun Bawang
Tomato
Garam
Secukup rasa
Sos cili
Oregano

Cara Membuatnya :

1. Bawang putih, bawang merah dan cili padi ditumbuk. Bahan yang ditumbuk perlulah ditumiskan dengan minyak masak sedikit dan biarkan sehingga naik bau.
2. Selepas bahan yang di tumis naik bau masukkan cili blander. Biarkan ia masak sehingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan garam , secukup rasa dan sos cili. Selepas cukup rasa masukkan pasta yang direbus dan gaulkan sehingga sebati.
4. Selepas itu masukkan oregano dan sosej yang dibakar , potong sosej tersebut kecil ikut kreativiti sendiri.
5. Bila semuanya sudah sebati dan cukup rasa masukkan hirisan tomato dan daun bawang daun sup untuk lagi sedap serta lebih menarik.
6. Sedia dihidang untuk berbuka puasa bersama keluarga tersayang.

Pasta Goreng Mudah 123!

Selamat Mencuba Semua!
Bagi yang ingin tahu mengenai Shaklee hubungi yanie. Kedai yanie buka 24jam!

Elyanie Binti Che Ros
No Tel : 019-4644386
No Id : 934316
Fb : Elyanie Che Ros
Email : elyanie_cheros@yahoo.com

Kisah Hidup Kami : Hamil Anak Pertama Alahan Teruk Atau Tidak?

Assalammualaikum Semua.

Alhamdullilah syukur dengan nikmat Allah S.W.T hari ini, yanie masih berpeluang lagi untuk kongsikan pengalaman yanie yang hamil anak pertama kami ini kepada anda semua yang yanie sayangi semua.


ALAHAN TERUK KETIKA HAMIL
(MORNING SICKNESS)

Yanie kena alahan teruk atau tidak?
Syukur sangat walaupun yanie sedang hamil anak pertama kami, yanie belum dapat alahan yang teruk macam orang lain yang hamil anak pertama atau kedua dan sebagainya. Contoh terdekat yang yanie boleh kongsikan ialah kakak sulung (along) yanie. Macam along yanie ini anak pertama langsung tak ada alahan tapi kali ini hamilkan anak keduanya memang teruk sangat alahannya. Alahannya teruk sampai tak boleh bau orang masak dan tak boleh nak makan langsung. Bila makan muntah dan bila bau pun pasti muntah. Along yanie sampai masuk hospital sebab air dalam badan kurang. Masuk air dalam badan sampai 8 bag air. Banyakkan? Itulah pengorbanan seorang ibu. Sama macam mak-mak kita dulu.


Suami yanie kena alahan teruk?
Suami yanie memang ada kena alahan pada masa awal kehamilan yanie. Selalunya kalau suami yanie demam pun sehari dua jer mesti dah ok. Tapi pada hari itu suami tiba-tiba tak ada selera makan. Nampak suami lain macam sahaja. Kalau bab makan nie suami tak kisah sangat. Semua dia makan, hanya tolak batu, kayu dan pasir sahaja. heheheheh. Rupanya suami yanie kena ulser yang teruk sangat di dalam mulut sampai menanah. Demam pun langsung tak kebah-kebah. Selera makan pun hilang. Banyak diamkan diri sebab terlalu sakit. Sampai 5 klinik kami pergi buat rawatan. Doktor pun terkejut tengok ulser tue. Doktor cakap kalau tak baik juga terpaksa operate. YaAllah masa dengar tue memang yanie menangis dalam hati. Tak sanggup sangat kalau suami sakit. Lepas tue mak mertua cakap cuba beli upt takut suami yanie sakit sebab yanie hamil. Rupanya betul tekaan mak mertua yanie, memang anaknya demam teruk sebab isterinya hamil baby pertamanya. (Naluri seorang ibu sangat kuat)


Makanan Yanie Ambil Setiap Hari Untuk Yanie & Baby :-

Susu Tepung.

Setiap hari yanie akan ambil susu. Sehari hanya 1 gelas. Yanie akan ambil waktu pagi atau petang sebab malam yanie ambil Ostematrix Shaklee yang mengandung 1biji : 1 gelas susu : 80biji badam . Yanie cukup risau kalau kurang calcium sebab baby sangat perlukan calcium yang mencukupi untuk menguatkan dan pembentukan tulang serta gigi baby yang sihat.


Sayur-sayuran.

Sayur-sayuran memang peberet yanie. Dulu sebelum kahwin pun kerap makan sayur. Kadang-kadang buat sayur rebus jer. Sebab sayur ini sangat bagus. Sebab banyak khasiat, zat, vitamin dan sebagainya yang yanie dan baby dapat. Sayur adalah sebagai makanan yang baik untuk kesihatan dan tubuh badan


 Air Masak.

Air masak memang yanie akan ambil lebih 3liter sehari. Yanie memang kurang minum air manis kecuali dekat kedai makan sahaja. Tapi kadang-kadang order jus buah dan kadang-kadang memang akan order air suam. Kerana air masak nie buat kita hilangkan dahaga dan yang best sekali memang selamat untuk yanie dan baby.



Buah-buahan.

Sejak hamil memang yanie lebih suka makan buah-buahan. Kerap sangatlah makan buah-buahan nie dari dulu. Bila dapat buah-buahan rasa lega sangat sebab kemungkinan buah-buahan tersebut terasa jusnya sangat sedap dan nyaman. Yanie rasa tak puas kalau tak dapat makan buah. Buahkan adalah sebagai makanan yang baik untuk kesihatan dan tubuh badan.


Set Hamil Shaklee.

Alhamdullilah sejak tahu hamil yanie memang terus amalkan Set Hamil Shaklee ini. Yanie tak ambil pun ubat klinik kerana yanie tahu set ini sudah cukup nutrisi yang lengkap untuk yanie dan baby. Yanie pergi check up pun doktor cakap lebih bagus amalkan supplemen dari ubat-ubatan. Syukur sangat sebab yanie buat pilihan tepat. Yanie consume Shaklee dari JUNE 2013. Bulan ini genap 2tahun consume Shaklee. Sudah tentu baby yang yanie hamil ini baby Shaklee. Wah tak sabarnya tunggu kelahiranmu wahai anak.


DOAKAN YANIE DAN BABY SIHAT-SIHAT.
INGIN TAHU LEBIH LANJUT BOLEH TERUS HUBUNGI YANIE.
JANGAN MALU DAN TUNGGU LAGI.
PILIHAN DI TANGAN ANDA SEMUA.

FB : https://www.facebook.com/elyanie.cheros
Email : elyanie_cheros@yahoo.com
SMS@Whatsapp : 019-4644386

Kisah Hidup Kami : Berakhirnya Dengan Kemanisan!

Assalammualaikum Semua Pembaca Yang Dikasihi.

Inilah SIRI KEDUA kenapa yanie MAKIN SAYANGKAN SHAKLEE.

Yanie sudah lama nak publish mengenai entry ini. Tetapi atas sebab tertentu yanie terpaksa holdkan dahulu entry ini dari publish kepada anda semua. Harap anda semua baca entry ini sampai habis yerk sebab entry ini mungkin panjang sedikit. 

Alhamdullilah semalam sebelum tidur en suami minta dan akhirnya izinkan yanie publishkan entry ini kepada anda semua. En suami cakap niat kita di dalam bisnes Shaklee ini ingin bantu orang untuk dapat kebahagian demi masalah kesihatan mereka dan kenapa kita tidak bantu mereka sekarang demi Allah S.W.T.

Sebak dengar kata-kata en suami semalam.......

Sebenarnya kata-kata en suami semalam ada sebab, kerana dia tahu masa yanie belajar dulu dekat POLIMAS ada masalah period tidak teratur. Siapa yang pernah baca entry yanie yang ini mesti tahu "STRESS PERIOD TIDAK TERATUR".

Bagi yang tak pernah baca entry tersebut tak apa. Yanie akan sharekan dengan korang semua. Masa belajar dekat POLIMAS yanie hampir 6bulan period tidak datang. Pada masa itu yanie makin serabut dan takut kerana risau kalau ada penyakit yang kronik ataupun sebaliknya. Hanya Allah sahaja tahu perasaan yanie masa itu. 


Masa belajar dulu keluarga yanie jauh di Ipoh. Yanie hanya uruskan diri sendiri masa di Kedah dulu selama 3tahun tanpa keluarga di sisi. Disebabkan makin serabut dengan masalah period yang tidak datang hampir 6bulan, akhirnya yanie buat keputusan untuk jumpa pakar di hospital mahupun klinik untuk scan dan buat rawatan masalah yang yanie hadapi.

Hanya airmata sahaja yang menitis tanpa henti selepas jumpa doktor pakar.....


Doktor cakap period yanie ini akan teruk lagi apabila yanie sudah berkahwin nanti. Kerana selepas kita berkahwin hormon kita akan berubah kerana kita sudah bersama suami. Yang makin sebak buat yanie, doktor cakap risiko ingin timbang cahaya mata sangat tipis atas sebab period yanie yang teruk. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan yanie masa itu. 

Memang kita tak tahu bila nak berkahwin. Tapi bila kita berkahwin mesti inginkan cahaya mata untuk diberikan kepada suami, waris keluarga dan waris keluarga mertua. Selepas jumpa doktor, doktor akan beri yanie ubat untuk period, dan sampai bila yanie ingin bergantung dengan ubat-ubatan sahaja.

Akhirnya yanie berjumpa dengan Shaklee.....

Ini kisah yanie terjebak dengan SHAKLEE "SHAKLEE SENTIASA DIHATI".


Shaklee ubah masalah kesihatan yanie kepada 360 darjah. Syukur alhamdullilah, akhirnya period yanie yang hampir 6bulan tak dapat dapat diatasi dengan selamat. Yanie hanya konsisten dengan SET KESUBURAN SHAKLEE HANYA 3 BULAN SAHAJA. Selepas 3bulan tersebut, period yanie datang setiap bulan tepat pada masanya. Masa itu tidak tergambar perasaan syukur dan seronok sangat kerana masalah period yanie sudah berakhir. Saat bahagia sangat bila dapat mencegah daripada makin teruk.

Yang paling bahagia sebenarnya bagi yanie dan suami adalah kami sama-sama konsisten makan shaklee dari kami berkawan, tunang dan akhirnya berkahwin. Cukup bulan jun ini kami sudah 2tahun makan Shaklee dan join Shaklee. Syukur sangat bila en suami ini seorang yang ambil berat dan berikan perhatian sepenuhnya kepada yanie.


INI DETIK PERTAMA KAMI BERGELAR SUAMI ISTERI.
27 MARCH 2015.

Kami hidup sebagai suami isteri makin bahagia dan seronok kerana cinta kami akhirnya bersatu walaupun kawan tak lama. Alhamdullilah syukur kehadrat illahi. Selepas sebulan lebih berkahwin suami tiba-tiba sakit ulser teruk dan demam tak kebah-kebah langsung hampir seminggu lebih. Kita sebagai isteri memang risau dengan keadaannya itu. Hampir 5 buah klinik pergi untuk buat rawatan tapi hanya selepas makan ubat klinik terakhir sahaja suami sembuh sebaiknya. 

Tiba-tiba mak mertua cakap cuba beli UPT sebab nampak keadaan suami lain. Mungkin suami ada kena alahan kot. Kami suami isteri pun pergilah farmasi beli UPT. Yang bestnya bila nak minta upt tue masing-masing malu. Maklumlah baru pertama kali nak pergi beli. hahahahahahah. 

Debaran masa buat test UPT......
Jeng.... Jeng....

Alhamdullilah double line.
Syukur kehadrat Ilahi.

Yanie bangun pagi terus buat test ini. Nampak sahaja double line terus tunjuk dekat suami yang yanie sah hamil. Rasa sebak sangat kerana yanie bertuah kerana Allah beri rezeki anak awal. Sebabkan yanie konsisten makan supplemen shaklee daripada masalah kesuburan yanie dahulu dan kata-kata doktor bahawa yanie tipis untuk dapat anak akhirnya dapat diatasi dengan sepenuhnya. Inilah hadiah paling bermakna bagi kami suami isteri. Terima kasih Ya Allah kau dengar doaku. Terima kasih Shaklee sebab bantu mencegah masalah kesuburan yanie.

Bila yanie dapat keputusan double line memang yanie terus amalkan SET HAMIL SHAKLEE. Bila sudah berkahwin kita kena tanya dulu kepada suami walaupun ingin makan vitamin sahaja. Alhamdullilah suami memang setuju dengan keputusan yanie untuk makan vitamin shaklee sahaja kerana suami tahu shaklee sangat terbaik untuk baby dan yanie.

Selepas seminggu yanie buat upt, yanie dan suami buat keputusan untuk pergi buat scan baby dalam perut sebab nak tahu keadaan baby macam mana. Time buat scan, doktor tunjuk di skrin gambar jantung baby yanie. Masa itu yanie dan suami nampak jantung baby berdegup sangat laju dan kuat sekali. Time tue rasa bersyukur dan sebak sangat kerana Allah letakkan anak syurga di dalam rahim yanie. Yanie rasa sangat bertuah sangat.

Hari ini 1jun2015 yanie dan suami lagi excited nak pergi check up baby buat kali kedua. Sebenarnya yanie dan suami nak intai baby dalam perut nak tengok tengah buat apa dekat dalam. Masa doktor scan pula tue baby yanie pandai keluarkan tangan dan lambai-lambai pada yanie dan suami. YaAllah masa doktor tekan perut nak scan tadi yanie hanya mampu menangis di dalam hati kerana rasa seronok dan bahagia sangat yang tak dapat digambarkan. Yanie dan suami hari ini nampak jelas keadaan baby kami di dalam rahim yang sudah cukup sifatnya. 

Doktor yang check up yanie hari ini cakap tekanan darah yanie sangat cantik. Doktor cakap yanie ini "Bunting Pelamin"  dan tanya yanie ada makan apa-apa ubat tak sebab baby dalam rahim sangat perlukan protein, asid folid, iron, calcium dan vitamin c untuk membesar. Yanie jawablah yang yanie hanya amalkan SET HAMIL SHAKLEE sahaja doktor. Doktor cakap kalau makan set tersebut tak perlu makan ubat apa-apa lagi. Kerana set tersebut sudah lengkap untuk ibu dan baby di dalam rahim.

YaAllah doktor pun cakap yang supplemen shaklee lagi bagus dari ubat-ubatan.
Kenapa yanie nak biarkan baby yanie dapat khasiat yang tak bagus betul tak?
Alhamdullilah yanie buat keputusan yang terbaik untuk yanie dan baby dalam rahim dengan konsisten sepenuhnya dengan Shaklee. Dari sah hamil sampai hari ini yanie hanya makan SET HAMIL SHAKLEE sahaja. Memang tak sentuh ubat-ubatan.


PAPA & MAMA TO BE.
ZAIDON JUNIOR.
10MINGGU 6HARI.

Kepada anda yang ada masalah kesuburan sebelum kahwin mahupun sudah berkahwin sama-sama kita ikhtiar dengan mengamalkan SET KESUBURAN SHAKLEE. Kita juga haruslah meminta pada Allah S.W.T untuk permudahkan jalan kita semua. Bukan berharap kepada satu sahaja. Yakin rezeki semua dari Allah. Kita perlulah berusaha bukan tunggu bulan jatuh keriba. Yanie faham perasan anda kerana yanie juga pernah hadapi. Sebab yanie juga usaha bukan sehari dua tapi berbulan-bulan dan akhirnya dapat kemanisan.

SET KESUBURAN SHAKLEE
YANIE DAN SUAMI AMALKAN.



SET HAMIL SHAKLEE


DOAKAN YANIE DAN BABY SIHAT-SIHAT.
INSYAALLAH ANDA SEMUA JUGA AKAN RASA KEMANISANNYA.
JANGAN PUTUS BERDOA KEPADA ALLAH S.W.T.
INGIN TAHU LEBIH LANJUT BOLEH TERUS HUBUNGI YANIE.
JANGAN MALU DAN TUNGGU LAGI.
PILIHAN DI TANGAN ANDA SEMUA.

FB : https://www.facebook.com/elyanie.cheros
Email : elyanie_cheros@yahoo.com
SMS@Whatsapp : 019-4644386