Resepi Pasta Goreng Mudah Untuk Berbuka Puasa!

Assalammualaikum semua dan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak kepada muslimin muslimat semua yang mengenali yanie mahupun tidak.

Yanie nak kongsikan resepi pasta goreng semudah 123 untuk dijadikan juadah berbuka puasa untuk esok.

Semua barang mudah dicari dan didapati walaupun di kedai runcit biasa. Tak perlu serabut nak sediakan juadah berbuka. Masak simple tapi dengan penuh kasih sayang dabn pastinya sedap.


Bahan-Bahan :

Bawang putih - 3ulas
Bawang merah - 1biji
Cili padi - 6biji
Cili blander - 3sudu
Sosej - 4batang dibakar
Pasta - 300g direbus
Daun Sup Daun Bawang
Tomato
Garam
Secukup rasa
Sos cili
Oregano

Cara Membuatnya :

1. Bawang putih, bawang merah dan cili padi ditumbuk. Bahan yang ditumbuk perlulah ditumiskan dengan minyak masak sedikit dan biarkan sehingga naik bau.
2. Selepas bahan yang di tumis naik bau masukkan cili blander. Biarkan ia masak sehingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan garam , secukup rasa dan sos cili. Selepas cukup rasa masukkan pasta yang direbus dan gaulkan sehingga sebati.
4. Selepas itu masukkan oregano dan sosej yang dibakar , potong sosej tersebut kecil ikut kreativiti sendiri.
5. Bila semuanya sudah sebati dan cukup rasa masukkan hirisan tomato dan daun bawang daun sup untuk lagi sedap serta lebih menarik.
6. Sedia dihidang untuk berbuka puasa bersama keluarga tersayang.

Pasta Goreng Mudah 123!

Selamat Mencuba Semua!
Bagi yang ingin tahu mengenai Shaklee hubungi yanie. Kedai yanie buka 24jam!

Elyanie Binti Che Ros
No Tel : 019-4644386
No Id : 934316
Fb : Elyanie Che Ros
Email : elyanie_cheros@yahoo.com

No comments:

Post a Comment