Cabaran 30 Hari Blogging Day 5 : APA DALAM BEG YANIE

ADA APA DALAM BEG YANIE?

Biasalah perempuan ini dalam beg tangan mesti ada barang mekap seperti bedak, eye shadow, blusher, lipstik, minyak wangi dan sebagainya.

Agaknya dalam beg yanie sama ker?
Jom kita lihat di bawah ini.


Jom kita listkan dalam beg yanie ada apa :-
1. Dompet.
2. Flyer.
3. Bussines Card.
4. Herbal blend.
5. Chewable Vitamin C.
6. Jam tangan.
7. Bekas Cincin Tunang.
8. Earfone.
9. Passport.
10. Pen & Buku Nota.

Barang lain seperti bedak, lipstik, losyen & lain-lain yanie letak dalam beg lain. Yanie tak masukkan sekali dalam beg tangan sebab nanti berserabut. Yanie jenis tak suka yang serabut-serabut. Biar tersusun rapi baru selesa otak nie nak tengok. Haahhaha.

Apa-apa pun bisnes yanie tetap no 1. Shaklee no 1 dihati yanie. Rasa tak bernyawa kalau shaklee dipisahkan. Sebab ianya sebahagian untuk hidup yanie. Punca rezeki yanie sepenuhnya dengan Shaklee jadi yanie takkan sia-siakan begitu sahaja.

Bagi anda yang serius nak cuba supplemen shaklee dan ingin sertai yanie mencari rezeki dalam Shaklee boleh terus hubungi yanie. InsyaAllah yanie akan bantu anda untuk berjaya. Amin.

FB : https://www.facebook.com/elyanie.cheros
Email : elyanie_cheros@yahoo.com
SMS@Whatsapp : 019-4644386
FB PAGE :https://www.facebook.com/ElzaVitacom
BLOG : mommyelzavitamin.blogspot.com

Cabaran 30 Hari Blogging Day 9 : JOM SELFIE!

Sekarang memang tren berselfie. Pergi mana-mana sahaja pasti orang akan berselfie. Selfie menggunakan monopod + shutter sangat seronok sebab boleh ambil gambar 1 keluarga tanpa perlu susahkan orang lain. 


Yanie dan adik beradik memang kaki berselfie dan pantang nampak kamera. Abah & Mak sahaja yang susah sangat bila nak bergambar. Kadang-kadang diorang join juga yanie bergambar. Heee. Time raya hari tue sempat juga berselfie dengan mak saudara, pak saudara dan sepupu sepapat yang lain. Memang semua jenis pantang nampak kamera.






Semua gambar di atas gambar raya tahun 2014. Memang sakan semua seronok bermonopod untuk berselfie. Heee. Berselfie ini buat kita jadi yakin untuk bergambar dengan niat seronok-seronok bersama tersayang. Dapat eratkan silatulrahim bersama family dan sanak sekeluarga. Memang raya tahun ini bermeriah. InsyaAllah tahun tahun depan pasti lagi meriah dengan kehadiran en tunang yang akan jadi bakal suami yanie. Zaer ini kaki berselfie tahu. Pantang yanie ralit jer pasti dia selfie sorang-sorang. 





Kami berdua memang kaki berselfie. heeee. Sehati Sejiwa katakan. Mungkin kami ini anak bongsu dan sebaya kot. Jadi memang sangat serasi. Maklumlah en tunang yanie ini sangat loving, caring dan sweet sangat. Manalah yanie ini tak jatuh hati. Doakan hubungan kami kekal sampai syurga. Tahun depan kami akan disatukan. Nanti kami ajak korang semua yerk. 

I love My Parents.
I love My Family.
I love My Fiancee.
I love My MSS Group.
I love Shaklee.

Cabaran 30 Hari Blogging Day 6 : MY LOVE IN MY HEART

MY LOVE IN MY HEART FOREVER AND EVER UNTIL JANNAH.



Gambar Majlis Konvokesyen Di Polimas Kali Ke-27.
11-12 September 2013 di Dewan Wawasan Jitra Kedah.
Terima Kasih kepada semua ahli keluarga yang sudi turun hari majlis bersejarah yanie. InsyaAllah suatu hari nanti pasti mereka akan turun di Majlis Master Celebration Shaklee yanie. Amin. Amin. Amin.



Gambar Majlis Pertunangan Yanie & Zaer.
Pada 3 May 2014.
Alhamdullilah kami berkawan selama 2tahun 2bulan. Akhirnya kami buat keputusan untuk ikatkan tali pertunangan dan insyaAllah umur panjang kami akan di satukan pada awal tahun depan. Kami tidak mahu kawan lama-lama dan bila pergi mana-mana tanpa hubungan rasa macam tak seronok pula orang tanya. Sekarang orang tanya boleh jawab tunang. Tahun depan boleh jawab suami isteri. heeeee.
 Tunggu kami buat event dalam fb taw. 


Mereka semua di atas adalah yang sangat penting dalam hidup yanie. Yanie buat Shaklee demi mereka. Yanie nak bersama mereka. Nanti bila sudah berkahwin yanie nak jaga suami dan anak dengan tangan yanie sendiri. Yanie nak sentiasa dengan mereka. Bila family ada masalah yanie ada dengan mereka. Gembira bersama. Syukur Allah bagi peluang kepada yanie untuk bersama mereka. Sebab yanie memang impikan kerja dirumah dengan pegang income yang boleh bantu family dan suami yanie nanti. Mereka semua sokong yanie 100% buat Shaklee. Jadi yanie tak akan hampakan mereka. Yanie akan buktikan kepada mereka. 

I love My Parents
I love My Family
I love My Fiancee
I love My Shaklee
I love My MSS Group

Kepada anda semua follower yang baca blog yanie ini dan berminat untuk join yanie dalam SHAKLEE boleh hubungi yanie. Yanie akan bantu anda dalam bisnes SHAKLEE. Yanie akan guide anda. Jadi jangan lepaskan peluang. Jangan malu dan segan untuk hubungi yanie yerk.


FB : https://www.facebook.com/elyanie.cheros
Email : elyanie_cheros@yahoo.com
SMS@Whatsapp : 019-4644386
FB PAGE :https://www.facebook.com/ElzaVitacom

Cabaran 30 Hari Blogging Day 8 : FASHION TUDUNG SAYA KEKAL CANTIK DENGAN SET SHAKLEE

Selamat petang semua. Tajuk petang ini sangat susah la bagi yanie iaitu mengenai "Fashion Saya". Alahai yanie ini jenis bukan yang up to date dengan fesyen-fesyen terkini. Tapi yanie ini sebenarnya seorang yang simple sangat. Tak pandai pun nak bergaya macam orang lain. Yanie pakai apa sahaja yang ada dirumah ini. Jarang nak beli pakaian baru-baru setiap bulan. Maklumlah memang bukan kaki fesyen.

Ok yanie suka fesyen tudung yang mudah, cantik dan nampak comel. Tudung yanie pakai tak ada la mencecah ratusan ringgit. Tunggu Naik Master baru boleh pakai tudung yang mahal-mahal. Bagi yanie tudung yang mahal bukan ukurannya tapi tudung yang menutup aurat adalah ukuran bagi yanie. Harga yang mahal atau murah bukan ukurannya.

 
Ini tudung dari Adijuma. Tudung bawal yang labuh dan sangat selesa bagi yanie. Mudah serta senang bentukkan di bahagian depan. Memang syok pakainya. Kainnya lembut dan sejuk.




Ini pula shawl yang sangat sangat dan comel bila yanie pakai. heeeee. Siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri. Shawl ini yanie beli dari kawan politeknik yanie "Kayla Hijab" : ini link fb dia https://www.facebook.com/muslimah.kila.7
Dia yang jahit sendiri. Shawl ini memang sangat lembut dan sejuk kainnya. Yang penting shawl ini labuh untuk dipakai. Shawl ini En Tunang kesayangan hadiahkan. Love you dear sebab bagi hijab untuk sayang. Sweetkan tunang yanie. Belikan shawl yang cantik-cantik lagi.



Tudung bawah ini yanie beli dekat kedai-kedai yang ada dalam Mydin Meru Ipoh. Tak de mahal macam Tudung Fareeda. Baru RM 29.90 sahaja setiap satu tudung di bawah ini. Yanie selalu pakai tudung sarung ini bila nak pergi restok barang Shaklee dekat Branch Ipoh. Sebab mudah, senang dan sangat selesa. Tak perlu sangat nak belit-belit bila time malas-malas nak siap cantik-cantik pergi Shaklee. hehehehehe. Pakai tudung sarung pun tetap cantik dan bergaya.




Banyak gambar di atas yanie nampak natural beauty sahaja. Sangat puas hati dah selesa bila keluar rumah hanya memakai bedak baby dan lipsmooth sahaja. Kerana tampil dengan kulit muka yang segar dan cantik. Yang penting bekas parut mahupun jerawat tidak ada. I love Set Kecantikkan Shaklee. Memang sangat berpuas hati. Bagi anda yang ingin tahu lebih lanjut mahupun Supplemen Shaklee boleh terus hubungi yanie. Jangan malu dan segan. Shaklee supplemen terbaik untuk anda.


FB : https://www.facebook.com/elyanie.cheros
Email : elyanie_cheros@yahoo.com
SMS@Whatsapp : 019-4644386
FB PAGE :https://www.facebook.com/ElzaVitacom

Cabaran 30 Hari Blogging Day 4 : TIPS KEMAS BAJU UNTUK BERCUTI

Hari ini hari ke-4 yanie sertai Cabaran 30 hari blogging bersama group Shaklee susur galur Mami Hadhatina Team Supermom. Alhamdullilah memang dulu niat nak berjinak-jinak dengan blog tapi bila datangnya penyakit "MALAS" memang semua kerja tak jadi dengan sempurna.

Tajuk hari ini Tips Kemas Rumah tapi yanie tukarkannya kepada Tips Kemas Baju Untuk Bercuti. Selalunya bila nak bercuti mesti ramai yang malas nak kemas baju dalam bagasi tapi bab bercuti laju sebab nak jejalan tempat orang dan dapat makan sedap-sedap tempat orang serta dapat abadikan gambar yang sempurna bersama tersayang.

Ingat sebelum nak bercuti beg kena la kemas dulu. Macam yanie dulu kalau jalan memang susun baju dalam beg pakai campak je. Lepas itu terus tutup. Sebab fikir kalau tak muat boleh bawak beg banyak-banyak. Tapi sebenarnya kalau bawak beg banyak-banyak ini sangat menyusahkan tahu.


Ini cara susun baju, seluar dan tudung time masa dekat politeknik. Semasa di politeknik kawan yanie ada tunjuk ajar cara susun baju yang kemas dan boleh masukkan baju, seluar dan tudung dengan banyak.

Ini lah cara yang kemas dan tersusun. Korang lihat baju, seluar dan tudung tersusun rapi dan sempurna. Semasa nak masukkan baju dalam bagasi korang kena gulungkan satu persatu sebelum masuk ke dalam bagasi. Memang kemas, cantik dan tersusun. Baru best nak bercuti.

Jadi boleh gunakan tips di atas untuk kemaskan baju anak-anak dan suami dengan kemas dan serta tersusun.

DARI MOMMY ELZA SAYANG!

JOM TONTON VIDEO DI BAWAH : VITAMIN VS TRAVEL !


Cabaran 30 Hari Blogging Day 3 : RESTORAN IKAN BAKAR BEST DI ALAI, MELAKA.

Selamat Pagi Follower semua. Yanie harap hari ini semua baik-baik sahaja. Ok 1st entry yanie hari ini nak cerita pada korang semua yang kaki jalan dan kaki makan. Tempat dinner bagi family dekat Melaka yang best korang kena lawati serta mencuba. Memang sangat terbaik. Walaupun yanie baru kali ke-2 turun Melaka dalam umur 23tahun. Haaaaa.

Alhamdullilah ahad lepas bersamaan 14hb september 2014 yanie turun Melaka. Sebab pagi ahad itu yanie ada kenduri di Batu Pahat Johor bersama keluarga en tunang tersayang. Malam ahad itu yanie tidur rumah kak ngah tunang yanie di Batu Berendam, Melaka.

Selepas selesai solat maghrib dan solat isyak kami sekeluarga keluar makan. Yanie ingin mencuba ikan bakar di Crystal Bay, Sungai Punggur, Alai, Melaka. Keluarga en tunang memang selalu makan dekat sana. Yanie seorang jer pertama kali mencuba. Alhamdullilah memang terbaik.

Kedai Pilihan Kami.
Ikan Bakar Rose & Ali.
Gerai No.7


Lihat En Tunang , Kak Ipar & Abang Ipar memilih Ikan Siakap, Ikan Pari, Sotong, Sepahat & Kupang untuk menu dinner kami malam itu.


Yang paling unik dan istimewa kedai makan ikan bakar ini adalah Nasi Lemak. Kami makan lauk pauk yang kami pilih tadi dengan Nasi Lemak. Memang sedap baq hang!


Setiap meja akan dapat seorang sepinggan sambal kicap untuk cicah ikan bakar. Memang terbaik sambal kicap ini. Tapi kalau lagi pedas lagi sedap. Kiranya untuk anak-anak yang nak cicah pun boleh sebab tak pedas pun.


Kami Pilih 2 jenis ikan untuk bakar pada malam itu. Ikan siakap dan ikan pari. Memang rempah ratus yang dibakar sekali itu sangat sedap terbaik. Mai tengok menu kami dinner malam itu.

Ikan Siakap Bakar


Ikan Pari Bakar


Sotong Goreng Tepung


Sepahat Masak Cili Padi


Kupang Masak Sambal


Minuman kami ambil 1jug Fresh Orange & 1 jug Air Kosong. Alhamdullilah kenyang sangat. Lepas makan kami jalan-jalan dekat jonker walk. Itu entry yang seterusnya yania akan cerita ok. 

Gambar sebahagian di atas credit kepada :

Ini sebahagian keluarga en tunang. Kalau semua turun agaknya lagi panjang la meja kami. Lagi banyaklah menu kami time dinner malam itu. InsyaAllah nanti nak turun Melaka lagi untuk pergi honeymoon pulak. Heee


Cabaran 30 Hari Blogging Day 2 : RESEPI MEE KETAM ORIGINAL PENANG.

Assalammualaikum semua warga follower yang yanie hormati dan sayangi. Wah sejak masukkan gambar Mee Ketam Penang dalam facebook ianya menjadi rebutan orang ramai. Ini resepi turun temurun oleh mak nenek kepada mak yanie. Memang sangat terangkat kalau korang rasa. Memang original dari penang. Jadi jangan lepaskan peluang untuk anda buat sendiri. Hari ini pertama kali yanie tuliskan resepi untuk anda semua. Semoga anda faham. Maklumlah yanie ini bukan pakar sangat.


HIDANGAN UNTUK 1 KELUARGA (4-6 ORANG)


BAHAN-BAHAN :

* Mee (1 bungkus)
* Ketam (10 ekor)
* Ubi Keledek (8 biji)
* Kacang Tanah (100 gm)
* Kulit udang Putih (1/2 kilo)
* Cili Kering (Ikut nak pedas mana)
* Bawang besar (5 biji)
* Bawang kecil (1 kilo)
* Cili Merah (3 biji)
* Taugeh 
* Telur (5 biji)
* Tauhu (5 keping)
* Daun Sup Daun Bawang
* Limau Kasturi
* Garam
* Gula
* Tepung Jagung
* Secukup Rasa


CARA MEMBUAT KUAH MEE KETAM :

1. Rebuskan cili kering, ubi keledek, kacang tanah dan kulit udang putih sehingga empuk.
2. Selepas semua siap direbus kita akan kisarkan satu persatu untuk membuat kuah mee ketam.
3. Kisarkan dahulu bawang besar dan cili kering. Masukkan ke dalam periuk besar di atas api yang kecil.
4. Kemudian kita kisarkan pula ubi keledek dan masukkan terus dalam periuk besar. Air rebusan tersebut tadi jangan buang. Kita tapis air rebusan dan masukkan terus di dalam periuk besar tadi.
5. Selepas itu kita kisarkan pula kacang tanah dan kulit udang putih. Kita kisarkan sebanyak 3 kali untuk dapatkan hasil kisar daripada kacang tanah dan kulit udang putih. Jangan pulak masukkan terus. Tapiskan dan buangkan hasil tapisan kacang tanah dan kulit udang putih itu. Ambil air sahaja.
6. Selepas semua bahan yang direbus selesai. Kita akan masukkan pula ketam dan air perahan asam jawa. 
7. Masukkan garam, gula dan secukup rasa.
8. Biar sehingga mendidih kuah mee ketam.
9. Masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
10. Akhir sekali, gorengkan bawang kecil dan masukkan minyak dan bawang tersebut ke dalam kuah mee ketam. Ia dipanggil tumis darat.
11. Kuah Mee Ketam Siap.


CARA MEMBUAT BAHAN-BAHAN LAIN :-

1. Rebuskan Mee Kuning.
2. Rebuskan Telur.
3. Celurkan Taugeh.
4. Gorengkan Tauhu.
5. Hiriskan Bawang kecil : Gorengkan bawang kecil. (Buat bawang goreng sendiri agi sedap.)
6. Potongkan Limau Kasturi.
7. Hiriskan Cili Merah.
8. Hiriskan daun bawang daun sup.
9. Akhir sekali boleh hidang.



Yanie hanya ada gambar MEE KETAM PENANG untuk siap di hidang.


Lepas makan Mee Ketam Penang ini jangan lupa telan :
* 2 Biji Omega Guard
* 3 Biji Lecithin
* 5 Biji Alfalfa

Selamat Mencuba Semua!
Ikhlas Dari Mommy Elza Vitamin .

Seminggu Luka Kemalangan Sembuh

Assalammualaikum semua. Hari ini yanie gembira nak kongsikan cerita dengan kawan-kawan semua. Hanya seminggu luka kemalangan uda yanie sembuh dan sihat sedia kala. Di bawah inilah set yang uda yanie gunakan selepas di terjebak dengan kemalangan.

SET PEMBEDAHAN & SET SEMBUH LUKA 

Alhamdullilah selepas uda kemalangan yanie terus hubungi mak dekat Ipoh dan bagi tahu uda suruh consume ESP + ZINC untuk luka cepat sembuh, kering dan parut hilang. Masa uda yanie kemalangan yanie tidak ada di Ipoh. Syukur uda yanie nie dengar cakap orangnya sebab dia seorang yang sangat pentingkan penampilan wajah. Al-maklumlah pemain bola sepak wakil Perak. Uda bab kesihatan dan pemakanan memang dia sangat jaga tahu. Bukan senang dapat laki yang betul-betul yang sama macam uda yanie.

Jom kita lihat sama-sama lihat perkembangan baik dari uda yang consume Set Luka Shaklee + Herbal Blend.

Selepas Kemalangan. 
* Luka Basah.
* Darah Banyak.

Selepas Sehari Kemalangan :
* Luka  Makin Kering.
* Darah pun tiada.
* Rupen Kulit Jadi Keras.

Selepas Empat Hari Kemalangan :-
* Luka Kering.
* Parut Pudar.
* Kulit Nak Jadi Sekata.

Selepas Seminggu Konsisten :
* Luka Kering.
* Parut Hilang.
* Kulit jadi Sekata.

Sekarang uda sudah sihat sedia kala dan kekal consume Set Shaklee dengan konsisten sampai sekarang. Kesihatan perlu diutamakan. Jadi kita tak perlu kedekut duit untuk kesihatan sendiri. Jom sama-sama kita kekal sihat kekal cantik dengan supplemen Shaklee terbaik untuk anda diluar.

Gambar Uda Terkini.

Anda yang diluar sana yang inginkan Set Luka/Set Pembedahan Ini boleh terus hubungi yanie. Jangan tunggu lagi. Kekal Sihat Kekal Cantik dengan Shaklee. Jangan biarkan parut dan luka kemalangan menganggu anda sendiri.

FB : https://www.facebook.com/elyanie.cheros
Email : elyanie_cheros@yahoo.com
SMS@Whatsapp : 019-4644386
FB PAGE :https://www.facebook.com/ElzaVitacom

Cabaran 30 Hari Blogging Day 1 : SIAPA SEBENARNYA YANIE.

Entry yanie petang ini yanie nak cerita serba sedikit tentang diri yanie. Yanie nak cerita ala-ala santai jer petang nie. Sebab ini pun baru sampai KL sebab tadi ada kenduri rumah mak saudara en tunang di Seremban.

Nama diberi elyanie binti che ros. Elyanie binti che ros. Panggilan dirumah dan saudara mara terdekat Leeya. Kawan sekolah, kawan asrama, kawan poli dan orang-orang sekeliling pula panggil Yanie. Dilahir pada 28 march 1991 (sudah 23 tahun) di kediaman rumah abah dan mak di Taman Bertuah, Ipoh Perak. Mak yanie seorang ibu yang senang dan mudah untuk melahirkan anak. Semua adik beradik yanie yanie dilahirkan dirumah.

Yanie anak ke-4 daripada 4 beradik. Maknanya yanie anak bongsu lah. Opssss. Jangan ingat yanie manja taw. Tapi memang terlalu manja dan seorang yang berdikari. Heeeee. Sekarang yanie berstatus tunangan orang bukan single mingle lagi tahu. Pada 2 mei 2014 yang lepas yanie selamat menjadi tunangan mohd zahir bin kamaruddin (23 tahun). Tunang yanie bekerja sebagai Pelukis Plan di Panasonic Malaysia. Jadi nanti lepas kahwin dalam rumah kami semua perkakas elektrik jenama Panasonic minta kawan kerja dia bagi hadiah kahwin. Hahahhaha. Muka tak malu pulak aku nie minta hadiah. InsyaAllah kami akan berkahwin awal tahun depan.

Yanie kerja apa yerk?
Tunang kerja bagus yanie mesti lagi hebat?

Itulah pertanyaan orang kepada yanie dan en tunang yanie sekarang. Ok yanie dulu lepas habis ambil Diploma Perancang Bandar & Wilayah yanie bekerja di Pejabat Kontaraktor yang ambil semua tender kerajaan. Yanie bekerja sebagai Perancang Projek untuk setiap tender yang dapat. Tapi yanie bekerja tak sampai 1tahun yanie terus hantar surat berhenti kerja. Nak tahu kenapa yanie berhenti kerja?

1. Kerja dengan 2 jawatan hanya 1gaji (3angka)
2. Kerja orang kita kena tanggung.
3. Staff lama suka marah tak tentu pasal.
4. Kerja OT tak dapat claim/elaun.
5. Susah nak ambil cuti.

Ini antaranya yanie terus berhenti kerja. Alhamdullilah abah, mak, en tunang dan adik beradik pun bagi support yang sangat membina untuk yanie. Alhamdullilah yanie memilih kerjaya sebagai Pengedar Sah Shaklee Sepenuh Masa untuk keluarga yanie. Lepas berhenti kerja terus pegang 4angka, boleh pergi mana-mana kita suka, dapat luangkan masa dengan keluarga dan yang paling penting dapat join kelas atau program hebat-hebat dari upline yanie dalam Shaklee. Syukur sangat Allah berikan jalan yang terbaik untuk yanie. Yanie mampu ubah nasib keluarga yanie. Yanie rasa bersyukur sebab yanie dalam bisnes shaklee selalu berfikiran positive setiap hari berbanding dulu. Banyak dekat dengan amalan rohani. Rasa diri dan kehidupan sehari lebih bermakna dan diberkati oleh Allah.

Jadi kepada anda diluar sana yang ingin tahu lebih dekat mengenai Shaklee boleh terus hubungi yanie di talian : 019-4644386.

Meraka adalah yang selalu memberi semangat kepada yanie di dunia & di akhirat. Yanie buat Shaklee Sepenuh Masa mendapat restu daripada mereka dan kerana mereka yanie buat Shaklee. Terima Kasih Abah & Mak selalu teman beli barang dan jumpa customer. Terima kasih en tunang selalu teman pergi kelas, jumpa customer dan hantarkan barang customer. Korang memang Push Factor yanie buat Shaklee. InsyaAllah pasti akan berjaya. Amin.

 ABAH & MAK TERSAYANG!

EN TUNANG TERHEBAT!

KISAH BERMULANYA TERJEBAK DENGAN SHAKLEE

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Kepada Semua Follower. Hari ini yanie akan ceritakan kepada anda 8 sebab kenapa yanie seronok jadi ahli Shaklee yang sah untuk anda-anda diluar sana.

Terlebih dahulu yanie ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada upline yanie iaitu Asilah Azmi. Dia yang mula-mula perkenalkan Shaklee pada yanie semasa masih belajar di POLIMAS pada Semester 6 (jan/2012). 

Kisah bermulanya dengan Shaklee bukan Shakely :-

Pada tarikh 10-9-2012 lahirlah seorang puteri bernama Rania Zulaikha Rusmawi. Alhamdullilah dilahirkan secara normal dengan berat 2.1kg di Hospital Swatsa Penang dengan sihat dan comel. Rania ini anak kepada along yanie bukan anak yanie. Jangan salah anggap pula dan salah faham yang rania ini anak yanie. heheheh.


RANIA SEMASA UMUR 3HARI.

Selepas along yanie habis pantang dan sudah habis cuti berpantang selama 3bulan. Rania tinggal di Ipoh bersama tokwan, maktok, pak uda & mamashu. Jadi pada ketika itu along yanie menghadapi masalah susu badan makin berkurangan. Along yanie niat mahu susukan rania sampai umur 2tahun. Tiba-tiba yanie baru teringat pada upline yanie yang ada jual set menyusu shaklee. Selepas along mengamalkannya. Ya Allah yanie sangat teruja dan sangat bersyukur kerana dapat bantu along. Lihat hasil yang along yanie pam di Penang untuk di bawa pulang ke Ipoh untuk Si Comel Rania.

INI STOK EBM RANIA SEMASA UMUR 9BULAN.

 Si Comel Rania adalah penyebab yanie join Shaklee. Susu yang meriah untuknya. Membesar dengan sihat aktif bijak dan jarang jatuh sakit. Pada 4/Jun/2013 yanie terus whatsapp upline yanie dan menyatakan hasrat ingin mendaftar sebagai ahli shaklee. Memang yanie sendiri ada masalah kesihatan perioad tidak teratur hampir 6bulan dan masalah kegemukan serta hitam.


HADIRI KELAS PERTAMA INI DI SHAKLEE BRANCH IPOH PADA AKHIR BULAN JUN.

 Lihat gambar diatas itu yanie sangat gemuk. Pipi pulak sudah macam pau gebu serta berkulit hitam. Niat dalam hati join Shaklee nak kurus. Yanie ambil set kesuburan serta set kurus shaklee Tidak sangka ambil Set Kesuburan dalam masa 3bulan dengan konsisten. Masalah period tidak datang hampir 6bulan sudah dapat atasi. 

< KLIK SINI UNTUK BACA KISAH: 
http://mommyelzavitamin.blogspot.com/2014/02/stress-masalah-period-tidak-teratur.html >

Sebenarnya tiada siapa yang pernah mengajak serta memaksa yanie untuk terjebak dengan Shaklee secara serius sampai sekarang. Alhamdullilah yanie sekarang sudah 1tahun 3bulan dalam Shaklee dengan rank Supervisor tidak pernah putus asa dan jemu untuk berkongsi kebaikan Shaklee dengan orang ramai. InsyaAllah niat yanie mahu bantu semua orang kekal sihat cergas dan aktif dengan mengamalkan supplemen hebat dari Shaklee. Yanie juga mencuba untuk menjana pendapatan dari rumah dengan berbisnes online dengan Shaklee dan ingin berkongsikan kebaikan serta keberkesanan vitamin semulajadi Shaklee kepada orang lain.

8 SEBAB YANIE SAYANGKAN SHAKLEE.
#ShakleeEffect.
#UntukKeluargaTersayang.
  1. Yanie dapat bantu along menyusukan rania sampai umur 2tahun pada hari rabu ini (10/9/2014) rania genap 2tahun.
  2. Masalah period yang selama 6bulan dapat diatasi dengan konsisten set kesuburan selama 3bulan.
  3. Masalah gemuk dan berwajah hitam dapat diatasi walaupun secara jujurnya yanie kurang bersenaman dan diet.
  4. Abah sudah boleh memandu kereta sendiri pulang kekampung kerana masalah angin dalam badannya sudah beransur pulih.
  5. Sejak makan Shaklee mak langsung tak makan ubat dari hospital. Mak juga tidak mengadu lagi sakit-sakit badan akibat penyakit kencing manisnya dulu. 
  6. Uda pula dapat kecergasan semasa bermain bola dan kesan parut kemalangan sudah pudar serta hampir hilang.
  7. Angah pula masalah telinga rasa bengang. Telan vivix seminggu dapat dengar seperti biasa.
  8. Amir Ammar pula pernah kena ezcema pada peringkat awal. Alhamdullilah selepas 3hari berturut-turut sapukan herbal blend pada badan kesan parut hilang.


    GAMBAR KAMI SEKELUARGA BAHAGIA DENGAN SUPPLEMEN SHAKLEE :-


NYAWAKU : ABAH & MAK.


ALONG , ABANG MAWIE & RANIA.

ANGAH, AKAK, AMIR & AMMAR.

UDA.

INI SAYA : YANIE.


Alhamdullilah kami akan kekal sihat kekal cantik kekal cergas bersama SHAKLEE sampai bila-bila. Shaklee banyak mengubah nasib kami sekeluarga dengan izin Allah S.W.T. Jom hubungi yanie bagi anda yang berminat dengan Shaklee. Jangan lepaskan peluang bersama kami. Yanie akan guide anda 100%. Salam sayang untuk anda semua.

FB : https://www.facebook.com/elyanie.cheros
Email : elyanie_cheros@yahoo.com
SMS@Whatsapp : 019-4644386

JOM TONTON VIDEO DI BAWAH : SAMA SEPERTI KISAH AKU MULA TERJEBAK SHAKLEE !
.

TETAP JATUH CINTA 1000% DENGAN SHAKLEE!


Sebabkan vitamin dibawah nie yanie jatuh cinta 1000% pada shaklee. Gla complex nie sangat hebat betul boleh buat yanie jadi tergila-gila dengan SHAKLEE.



GLA COMPLEX !
RM91.25
60biji

Time belajar dekat poli dulu yanie ada masalah period tidak teratur. Hampir 6bulan yanie tak datang period. Mungkin yanie stress dengan orang di sekeliling mahupun dengan pelajaran (hahahhah 😁😁).

Yanie pergi jumpa doktor di Jitra kedah untuk buat pemeriksaan sebab risau ada masalah penyakit lain yang tidak diingini. Alhamdullilah doktor cakap cuma ada masalah hormon. Tiada sebarang masalah kesihatan. Mesti awak banyak masalah yang sedang difikirkan. (Doktor macam tahu-tahu jer)

Selepas kenal Shaklee. Yanie terus grab GLA COMPLEX ini untuk betulkan hormon yanie. Alamdullilah yanie konsisten selama 3bulan masalah period dapat kembali normal. Sekarang yanie masih ambil gla. Period yanie sekarang sudah on time datang setiap bulan. Best sangat. Syukur pada Allah sebab permudahkan semuanya.

Yanie pun tak faham kenapa perlu ada viral negative yang nak sangat jatuhkan SHAKLEE. Hello!! Shaklee bukan baru 2 3tahun ok. Hampir 50 tahun. Terbukti berkesan selamat semulajadi dan halal.

Kami semua SID yakin dan percaya dengan SHAKLEE bukan sebab duit tapi kesan vitamin yang kami ambil sendiri mahupun keluarga. Jadi tolonglah kaji dulu baru bertindak. Jangan nak kecoh-kecoh.

Wah pergi jauh-jauh sikap negetive. Yanie hanya kawan dengan orang yang positive serta berfikiran positive.!!

FB : https://www.facebook.com/elyanie.cheros
Email : elyanie_cheros@yahoo.com
SMS@Whatsapp : 019-4644386
FB PAGE :https://www.facebook.com/ElzaVitacom

KENAPA PERLU MINUM AIR BANYAK BILA AMBIL SUPPLEMEN?


Mengapakah perlu banyak air apabila mengamalkan suplemen?


(1) Vitamin (supplemen) adalah dalam bentuk dos yang pekat, berbanding vitamin dalam makanan yang biasa kita makan. Vitamin dalam makanan memerlukan masa untuk diuraikan oleh tubuh, dan ada yang tak terurai pun. Sebaliknya vitamin (supplemen) terus dalam bentuk yang ringkas.

Analoginya, satu gelas air cukup untuk melarutkan 1 sudu gula, tapi kita perlukan lebih air untuk melarutkan 1 senduk gula.

(2) Pengambilan vitamin  memerlukan air untuk membuang toksin dalam badan.

Analoginya, bila kita basuh kotoran dengan air sabun, kita perlu lebih air untuk membersihkan sisa sabun itu pula.




Jadi, pengambilan air bukan main-main bila anda mengamalkan suplemen. Pastikan melebihi 3 liter sehari. Jangan risau kalau asyik rasa nak ke tandas (sebenarnya cuma persepsi saja).

Jadi, minumlah air secukupnya, agar kebaikan vitamin yang anda ambil dapat dioptimumkan sebaiknya.

FB : https://www.facebook.com/elyanie.cheros
Email : elyanie_cheros@yahoo.com
SMS@Whatsapp : 019-4644386
FB PAGE :https://www.facebook.com/ElzaVitacom