Cabaran 30 Hari Blogging Day 4 : TIPS KEMAS BAJU UNTUK BERCUTI

Hari ini hari ke-4 yanie sertai Cabaran 30 hari blogging bersama group Shaklee susur galur Mami Hadhatina Team Supermom. Alhamdullilah memang dulu niat nak berjinak-jinak dengan blog tapi bila datangnya penyakit "MALAS" memang semua kerja tak jadi dengan sempurna.

Tajuk hari ini Tips Kemas Rumah tapi yanie tukarkannya kepada Tips Kemas Baju Untuk Bercuti. Selalunya bila nak bercuti mesti ramai yang malas nak kemas baju dalam bagasi tapi bab bercuti laju sebab nak jejalan tempat orang dan dapat makan sedap-sedap tempat orang serta dapat abadikan gambar yang sempurna bersama tersayang.

Ingat sebelum nak bercuti beg kena la kemas dulu. Macam yanie dulu kalau jalan memang susun baju dalam beg pakai campak je. Lepas itu terus tutup. Sebab fikir kalau tak muat boleh bawak beg banyak-banyak. Tapi sebenarnya kalau bawak beg banyak-banyak ini sangat menyusahkan tahu.


Ini cara susun baju, seluar dan tudung time masa dekat politeknik. Semasa di politeknik kawan yanie ada tunjuk ajar cara susun baju yang kemas dan boleh masukkan baju, seluar dan tudung dengan banyak.

Ini lah cara yang kemas dan tersusun. Korang lihat baju, seluar dan tudung tersusun rapi dan sempurna. Semasa nak masukkan baju dalam bagasi korang kena gulungkan satu persatu sebelum masuk ke dalam bagasi. Memang kemas, cantik dan tersusun. Baru best nak bercuti.

Jadi boleh gunakan tips di atas untuk kemaskan baju anak-anak dan suami dengan kemas dan serta tersusun.

DARI MOMMY ELZA SAYANG!

JOM TONTON VIDEO DI BAWAH : VITAMIN VS TRAVEL !


No comments:

Post a Comment