Cabaran 30 Hari Blogging Day 2 : RESEPI MEE KETAM ORIGINAL PENANG.

Assalammualaikum semua warga follower yang yanie hormati dan sayangi. Wah sejak masukkan gambar Mee Ketam Penang dalam facebook ianya menjadi rebutan orang ramai. Ini resepi turun temurun oleh mak nenek kepada mak yanie. Memang sangat terangkat kalau korang rasa. Memang original dari penang. Jadi jangan lepaskan peluang untuk anda buat sendiri. Hari ini pertama kali yanie tuliskan resepi untuk anda semua. Semoga anda faham. Maklumlah yanie ini bukan pakar sangat.


HIDANGAN UNTUK 1 KELUARGA (4-6 ORANG)


BAHAN-BAHAN :

* Mee (1 bungkus)
* Ketam (10 ekor)
* Ubi Keledek (8 biji)
* Kacang Tanah (100 gm)
* Kulit udang Putih (1/2 kilo)
* Cili Kering (Ikut nak pedas mana)
* Bawang besar (5 biji)
* Bawang kecil (1 kilo)
* Cili Merah (3 biji)
* Taugeh 
* Telur (5 biji)
* Tauhu (5 keping)
* Daun Sup Daun Bawang
* Limau Kasturi
* Garam
* Gula
* Tepung Jagung
* Secukup Rasa


CARA MEMBUAT KUAH MEE KETAM :

1. Rebuskan cili kering, ubi keledek, kacang tanah dan kulit udang putih sehingga empuk.
2. Selepas semua siap direbus kita akan kisarkan satu persatu untuk membuat kuah mee ketam.
3. Kisarkan dahulu bawang besar dan cili kering. Masukkan ke dalam periuk besar di atas api yang kecil.
4. Kemudian kita kisarkan pula ubi keledek dan masukkan terus dalam periuk besar. Air rebusan tersebut tadi jangan buang. Kita tapis air rebusan dan masukkan terus di dalam periuk besar tadi.
5. Selepas itu kita kisarkan pula kacang tanah dan kulit udang putih. Kita kisarkan sebanyak 3 kali untuk dapatkan hasil kisar daripada kacang tanah dan kulit udang putih. Jangan pulak masukkan terus. Tapiskan dan buangkan hasil tapisan kacang tanah dan kulit udang putih itu. Ambil air sahaja.
6. Selepas semua bahan yang direbus selesai. Kita akan masukkan pula ketam dan air perahan asam jawa. 
7. Masukkan garam, gula dan secukup rasa.
8. Biar sehingga mendidih kuah mee ketam.
9. Masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
10. Akhir sekali, gorengkan bawang kecil dan masukkan minyak dan bawang tersebut ke dalam kuah mee ketam. Ia dipanggil tumis darat.
11. Kuah Mee Ketam Siap.


CARA MEMBUAT BAHAN-BAHAN LAIN :-

1. Rebuskan Mee Kuning.
2. Rebuskan Telur.
3. Celurkan Taugeh.
4. Gorengkan Tauhu.
5. Hiriskan Bawang kecil : Gorengkan bawang kecil. (Buat bawang goreng sendiri agi sedap.)
6. Potongkan Limau Kasturi.
7. Hiriskan Cili Merah.
8. Hiriskan daun bawang daun sup.
9. Akhir sekali boleh hidang.



Yanie hanya ada gambar MEE KETAM PENANG untuk siap di hidang.


Lepas makan Mee Ketam Penang ini jangan lupa telan :
* 2 Biji Omega Guard
* 3 Biji Lecithin
* 5 Biji Alfalfa

Selamat Mencuba Semua!
Ikhlas Dari Mommy Elza Vitamin .

2 comments:

  1. Hello admin. I dh try your recepi. Mmg sedap and menjadi. Anak2 mmg suke, smua kata sedap. Thx ya for sharing. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

    >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye dear. Alhamdullilah yerk sebab try resepi saya :)

      Delete