Cabaran 30 Hari Blogging Day 3 : RESTORAN IKAN BAKAR BEST DI ALAI, MELAKA.

Selamat Pagi Follower semua. Yanie harap hari ini semua baik-baik sahaja. Ok 1st entry yanie hari ini nak cerita pada korang semua yang kaki jalan dan kaki makan. Tempat dinner bagi family dekat Melaka yang best korang kena lawati serta mencuba. Memang sangat terbaik. Walaupun yanie baru kali ke-2 turun Melaka dalam umur 23tahun. Haaaaa.

Alhamdullilah ahad lepas bersamaan 14hb september 2014 yanie turun Melaka. Sebab pagi ahad itu yanie ada kenduri di Batu Pahat Johor bersama keluarga en tunang tersayang. Malam ahad itu yanie tidur rumah kak ngah tunang yanie di Batu Berendam, Melaka.

Selepas selesai solat maghrib dan solat isyak kami sekeluarga keluar makan. Yanie ingin mencuba ikan bakar di Crystal Bay, Sungai Punggur, Alai, Melaka. Keluarga en tunang memang selalu makan dekat sana. Yanie seorang jer pertama kali mencuba. Alhamdullilah memang terbaik.

Kedai Pilihan Kami.
Ikan Bakar Rose & Ali.
Gerai No.7


Lihat En Tunang , Kak Ipar & Abang Ipar memilih Ikan Siakap, Ikan Pari, Sotong, Sepahat & Kupang untuk menu dinner kami malam itu.


Yang paling unik dan istimewa kedai makan ikan bakar ini adalah Nasi Lemak. Kami makan lauk pauk yang kami pilih tadi dengan Nasi Lemak. Memang sedap baq hang!


Setiap meja akan dapat seorang sepinggan sambal kicap untuk cicah ikan bakar. Memang terbaik sambal kicap ini. Tapi kalau lagi pedas lagi sedap. Kiranya untuk anak-anak yang nak cicah pun boleh sebab tak pedas pun.


Kami Pilih 2 jenis ikan untuk bakar pada malam itu. Ikan siakap dan ikan pari. Memang rempah ratus yang dibakar sekali itu sangat sedap terbaik. Mai tengok menu kami dinner malam itu.

Ikan Siakap Bakar


Ikan Pari Bakar


Sotong Goreng Tepung


Sepahat Masak Cili Padi


Kupang Masak Sambal


Minuman kami ambil 1jug Fresh Orange & 1 jug Air Kosong. Alhamdullilah kenyang sangat. Lepas makan kami jalan-jalan dekat jonker walk. Itu entry yang seterusnya yania akan cerita ok. 

Gambar sebahagian di atas credit kepada :

Ini sebahagian keluarga en tunang. Kalau semua turun agaknya lagi panjang la meja kami. Lagi banyaklah menu kami time dinner malam itu. InsyaAllah nanti nak turun Melaka lagi untuk pergi honeymoon pulak. Heee


2 comments:

  1. Nak cari port ikan bakar lagi best? Jauh sikit je dari alai..dkt jeti anjung batu ada...lagi best..
    Ha jauh sikit dlm 10 km lebih kurang nm tempt tu serkam pantai pun best juga.. :-)

    p/s: salam kenal..first time dtg sini dr apps edisi blog :-)

    ReplyDelete
  2. Yeke?
    InsyaAllah nanti boleh pergi.
    Heeeee.

    P/S : Salam perkenalan dear.

    ReplyDelete