Cabaran 30 Hari Blogging Day 9 : JOM SELFIE!

Sekarang memang tren berselfie. Pergi mana-mana sahaja pasti orang akan berselfie. Selfie menggunakan monopod + shutter sangat seronok sebab boleh ambil gambar 1 keluarga tanpa perlu susahkan orang lain. 


Yanie dan adik beradik memang kaki berselfie dan pantang nampak kamera. Abah & Mak sahaja yang susah sangat bila nak bergambar. Kadang-kadang diorang join juga yanie bergambar. Heee. Time raya hari tue sempat juga berselfie dengan mak saudara, pak saudara dan sepupu sepapat yang lain. Memang semua jenis pantang nampak kamera.






Semua gambar di atas gambar raya tahun 2014. Memang sakan semua seronok bermonopod untuk berselfie. Heee. Berselfie ini buat kita jadi yakin untuk bergambar dengan niat seronok-seronok bersama tersayang. Dapat eratkan silatulrahim bersama family dan sanak sekeluarga. Memang raya tahun ini bermeriah. InsyaAllah tahun tahun depan pasti lagi meriah dengan kehadiran en tunang yang akan jadi bakal suami yanie. Zaer ini kaki berselfie tahu. Pantang yanie ralit jer pasti dia selfie sorang-sorang. 





Kami berdua memang kaki berselfie. heeee. Sehati Sejiwa katakan. Mungkin kami ini anak bongsu dan sebaya kot. Jadi memang sangat serasi. Maklumlah en tunang yanie ini sangat loving, caring dan sweet sangat. Manalah yanie ini tak jatuh hati. Doakan hubungan kami kekal sampai syurga. Tahun depan kami akan disatukan. Nanti kami ajak korang semua yerk. 

I love My Parents.
I love My Family.
I love My Fiancee.
I love My MSS Group.
I love Shaklee.

2 comments:

  1. Replies
    1. Kak ainul wajib taw kena ada tongkat tue. Mudah untuk ambil gambar beramai.

      Delete