Cabaran 30 Hari Blogging Day 1 : SIAPA SEBENARNYA YANIE.

Entry yanie petang ini yanie nak cerita serba sedikit tentang diri yanie. Yanie nak cerita ala-ala santai jer petang nie. Sebab ini pun baru sampai KL sebab tadi ada kenduri rumah mak saudara en tunang di Seremban.

Nama diberi elyanie binti che ros. Elyanie binti che ros. Panggilan dirumah dan saudara mara terdekat Leeya. Kawan sekolah, kawan asrama, kawan poli dan orang-orang sekeliling pula panggil Yanie. Dilahir pada 28 march 1991 (sudah 23 tahun) di kediaman rumah abah dan mak di Taman Bertuah, Ipoh Perak. Mak yanie seorang ibu yang senang dan mudah untuk melahirkan anak. Semua adik beradik yanie yanie dilahirkan dirumah.

Yanie anak ke-4 daripada 4 beradik. Maknanya yanie anak bongsu lah. Opssss. Jangan ingat yanie manja taw. Tapi memang terlalu manja dan seorang yang berdikari. Heeeee. Sekarang yanie berstatus tunangan orang bukan single mingle lagi tahu. Pada 2 mei 2014 yang lepas yanie selamat menjadi tunangan mohd zahir bin kamaruddin (23 tahun). Tunang yanie bekerja sebagai Pelukis Plan di Panasonic Malaysia. Jadi nanti lepas kahwin dalam rumah kami semua perkakas elektrik jenama Panasonic minta kawan kerja dia bagi hadiah kahwin. Hahahhaha. Muka tak malu pulak aku nie minta hadiah. InsyaAllah kami akan berkahwin awal tahun depan.

Yanie kerja apa yerk?
Tunang kerja bagus yanie mesti lagi hebat?

Itulah pertanyaan orang kepada yanie dan en tunang yanie sekarang. Ok yanie dulu lepas habis ambil Diploma Perancang Bandar & Wilayah yanie bekerja di Pejabat Kontaraktor yang ambil semua tender kerajaan. Yanie bekerja sebagai Perancang Projek untuk setiap tender yang dapat. Tapi yanie bekerja tak sampai 1tahun yanie terus hantar surat berhenti kerja. Nak tahu kenapa yanie berhenti kerja?

1. Kerja dengan 2 jawatan hanya 1gaji (3angka)
2. Kerja orang kita kena tanggung.
3. Staff lama suka marah tak tentu pasal.
4. Kerja OT tak dapat claim/elaun.
5. Susah nak ambil cuti.

Ini antaranya yanie terus berhenti kerja. Alhamdullilah abah, mak, en tunang dan adik beradik pun bagi support yang sangat membina untuk yanie. Alhamdullilah yanie memilih kerjaya sebagai Pengedar Sah Shaklee Sepenuh Masa untuk keluarga yanie. Lepas berhenti kerja terus pegang 4angka, boleh pergi mana-mana kita suka, dapat luangkan masa dengan keluarga dan yang paling penting dapat join kelas atau program hebat-hebat dari upline yanie dalam Shaklee. Syukur sangat Allah berikan jalan yang terbaik untuk yanie. Yanie mampu ubah nasib keluarga yanie. Yanie rasa bersyukur sebab yanie dalam bisnes shaklee selalu berfikiran positive setiap hari berbanding dulu. Banyak dekat dengan amalan rohani. Rasa diri dan kehidupan sehari lebih bermakna dan diberkati oleh Allah.

Jadi kepada anda diluar sana yang ingin tahu lebih dekat mengenai Shaklee boleh terus hubungi yanie di talian : 019-4644386.

Meraka adalah yang selalu memberi semangat kepada yanie di dunia & di akhirat. Yanie buat Shaklee Sepenuh Masa mendapat restu daripada mereka dan kerana mereka yanie buat Shaklee. Terima Kasih Abah & Mak selalu teman beli barang dan jumpa customer. Terima kasih en tunang selalu teman pergi kelas, jumpa customer dan hantarkan barang customer. Korang memang Push Factor yanie buat Shaklee. InsyaAllah pasti akan berjaya. Amin.

 ABAH & MAK TERSAYANG!

EN TUNANG TERHEBAT!

2 comments: