Resepi Bihun Sup Serabut Untuk Yang Diet.

Assalammualaikum Semua Follower.

Pada petang ini bersamaan 27hb may 2015 (genap 2bulan jadi isteri orang) sempat lagi nak interframe kan. heheheheheh . Sebenarnya yanie nak sharekan resepi yang sangat mudah untuk anda yang inginkan diet tanpa makan nasi ataupun malas makan nasi petang-petang ini macam yanie. Jadi jom tiru "RESEPI BIHUN SUP SERABUT ". Yanie masak hanya untuk makan seorang sahaja.


Bahan-Bahannya :-

1biji besar bawang besar.
2ulas bawang putih.
2biji cili api.
1ketul isi ayam dada.
1biji telur.
1packet bihun segera.
1/2biji lobak merah.
2biji limau kasturi.
Air Masak 1gelas.
Taugeh.
Daun Sup & Bawang.
Garam.
Secukup Rasa.


Cara-Cara Membuatnya :-
  1. Tumiskan bawang besar , bawang putih dan cili api sehingga naik bau dengan sedikit minyak.
  2. Lepas naik bau masukkan isi ayam dada. Biarkan isi ayam dada itu masak sekejap dan masukkan air 1gelas ke dalam periuk.
  3. Selepas mendidih masukkan lobak merah dan telur.
  4. Kemudian masukkan bihun ke dalam periuk dan biarkan sehingga lembut.
  5. Seterusnya perahkan limau, letak garam dan secukup rasa.
  6. Biarkan sehingga mendidih dan masak baru masukkan daun sup & bawang serta taugeh ke dalamnya.
  7. Akhirnya boleh dihidang serta dimakan.

BIHUN SUP SERABUT.

PEDAS + SEDAP + MASAM !


No comments:

Post a Comment