Kisah Hidup Kami : Detik Melahirkan Ahmad Aryan Razin

Assalammualaikum korang semua. Alhamdullilah & terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk baca entry blog yanie kali nie dengan kisah detik melahirkan anak syurga yang di amanahkan oleh Allah S.W.T kepada kami suami isteri iaitu baby AAR, Kami namakan si comey ini dengan nama yang sangat indah Ahmad Aryan Razin.

Sebenarnya yanie dipaksa bersalin awal pada 38minggu atas sebab kandungan gula dalam darah meningkat sebanyak 0.6 (mmol/l) masa kandungan yanie 33minggu (Akibat suka sangat makan nasi banyak & roti canai telur setiap hari pada waktu malam masa kandungan 28minggu.)

Tarikh sepatutnya yanie bersalin yanie adalah 14hb disember 2015. Tapi doktor telah tetapkan 29hb november 2015 yanie kena masuk wad & 30hb november 2015 yanie terpaksa di induced. (Ingatkan sebelum tarikh doktor tetapkan tue yanie adalah tanda-tanda nak bersalin rupanya tiada langsung. Masa tue Allah sahaja tahu bagaimana perasaan yanie takut & sedih sangat.)


Ahad
29hb November 2015 
3.00 petang 


Sebelum serah diri di Hospital Raja Perempuan Bainun suami yanie ajak lunch dulu dekat Nandos Aeon Klebang. Lepas balik dari jalan-jalan dekat Aeon, yanie balik rumah solat zohor, mandi lagi sekali, kemas semua barang yanie & baby lepas tue suami yanie terus susun dalam kereta sebelum bergeak ke hospital. 

Sampai sahaja di hospital yanie, suami yanie & mak yanie pergi ke kaunter pendaftaran untuk daftar masuk wad. Selepas selesai pendaftaran yanie terus ke wad bersalin bersama suami tapi sedihnya suami tak boleh temankan. Yanie kena uruskan sorang-sorang. Yanie terus masuk wad , tukar baju pink , check ctg & doktor masukkan drip. (Masa doktor cucuk drip darah keluar banyak sangat rupanya jarum bengkok & patah dekat dalam. Sakit teramatnya sampai menangis yanie kena tukar drip baru.)


Drip baru dipasangkan semula.
Masa waktu melawat pukul 5.00 petang tue suami & mak teman yanie dalam wad sampai pukul 7.00 malam. Suami & mak bagi semangat pada yanie supaya jangan takut & risau insyaAllah semua selamat. Bila suami & mak kena balik yanie terus menangis sebab perasaan takut sangat menguasai masa tue. Yanie tengah menangis, tiba-tiba doktor datang ajak cek bukaan dekat labour room pula.

YaAllah masa tue memang takut sebab first time nak kena seluk dengan doktor. Lagi hampa bila doktor cakap 0cm bukaan yanie. Memang 0cm lah sebab belum masa lagi baby AAR nak keluar melihat dunia. Doktor cakap esok pukul 7.00pagi (30/11/15) yanie kena induced. Kalau masa induced pertama berjaya ada bukaan maknanya sekali sahajalah yanie induced.


Isnin
30hb November 2015 
7.00 pagi

Sebelum yanie di induced pukul 7.00pagi , yanie di kejut oleh nurse pada pukul 5.00pagi untuk buat ctg. Tapi yanie bangun-bangun terus pergi mandi dulu, pastu minum segelas esp plain & makan sekeping biskut sebab dari masuk wad yanie tak makan langsung kerana ketakutan dan memikirkan kena induced nanti macam manalah agaknya.



Menunggu doktor cek bukaan & di induced dalam labour room.

Sampai sahaja di labour room terus doktor cek bukaan yanie. Alhamdullilah pagi tue masa doktor seluk ada bukaan 1cm. Masa tue perasaan seronok sangat sebab dah ada bukaan & rasa tak sabar nak jumpa baby AAR. Habis jer doktor seluk terus doktor induced yanie & doktor cakap jika bukaan 3cm yanie akan ditolak ke suite labour room & mereka akan pecahkan air ketuban. 

Lepas sahaja 1jam doktor induced yanie, yanie rasa perut mengeras & sakit sangat tapi nurse cakap 6jam sekali doktor akan cek bukaan. Jadi yanie terpaksa tunggu. Yang bestnya lepas sahaja induced yanie boleh keluar dari labour room jumpa suami & mak. Masa dekat luar yanie berjalan tanpa henti bersama suami. Suami pegang & pimpim yanie berjalan sebab masa tue perut tiba-tiba rasa sakit sangat & ada darah keluar bersama air. Masa sakit tue berterusan yanie minta doktor cek bukaan, tengok-tengok bukaan sudah 3cm. 

Tapi malangnya doktor shift lain yang cek bukaan tue cakap kena tunggu bukaan 4cm baru diorang akan tolak yanie ke suite labour room & mereka akan pecahkan air ketuban. Yanie menunggu dengan penuh sabar agar bukaan buka dengan cepat. Yanie tak rehat pun yanie hanya jalan tanpa henti di dalam labour room supaya bukaan cepat buka tapi sayangnya cek bukaan pada pukul 6.00petang, 10.00malam, 3.00pagi sampailah 6.00pagi bukaan tetap 3cm sahaja. (Selamatlah doktor izinkan suami temankan yanie tidur malam tue dalam labour room, kalau terpaksa tidur sorang-sorang memang yanie menangis ketakutanlah.)


Selasa
1hb Disember 2015 
8.00 pagi

Pagi selasa tue doktor pakar datang jumpa dan bagi tahu pukul 10pagi nanti yanie akan kena tolak ke LR untuk pecahkan air ketuban. Masa yanie dengar tue yanie jadi ketakutan sampai tak makan dan minum pun sebab tak lalu. Pagi tue yanie dapat sarapan pagi milo panas dengan bihun goreng tapi yanie langsung tak sentuh. 

Tepat pukul 10pagi yanie ditolak masuk LR dan doktor cek bukaan masih lagi 3cm. Terus doktor pecahkan air ketuban yanie. Masa pecah tue terasa panas sangat air tue. Air ketuban tue keluar tak berhenti dan banyak sesangat. Masa tue suami temankan yanie di sisi dan bagi semangat tanpa henti sambil yanie layan contraction yang sakit 20minit sekali.

Dalam pukul 3petang tue doktor datang cek dan bagi tahu pada pukul 6petang bukaan mesti buka 10cm baru boleh bersalin. Masa pukul 3petang tue bukaan baru 4cm terus doktor pelatih masukkan drip ubat bukaan dari 2unit ke 8unit sampai sakit contraction sakit sesangat sampai yanie tak tahan.

Tapi sayangnya baru buka 6cm masa pukul 6petang tue. Tiba-tiba jatung baby AAR lemah mendadak dan yanie sendiri kepenatan sampai tak boleh nak nafas walaupun masa tue dah rasa baby nak keluar tapi tak dapat nak push. (Masa tu yanie ingat yanie dah nak mati.). Yanie akhirnya terpaksa ditolak ke bilik OT untuk melakukan emergency ceaser sebab takut yanie dan baby AAR selamat.

Yanie ditolakkan ke bilik OT, yanie kena cucuk epidural, dapat secawan air berperisa orange untuk kosongkan perut sebelum lakukan pembedahan. Bayangkan masa pembedahan tue yanie sempat minta berhenti sekejap sebab nak muntah. 2kali yanie muntah dalam bilik OT. Yanie kesejukkan dan nurse letakkan jaket panas atas badan. Alhamdullilah baby berjaya keluar pukul 7.34pm dengan selamat.

Masa doktor belah perut tue memang yanie sendiri terasa tapi tak sakit pun. Nurse datang bagi yanie kiss bibir baby dan baby segera kena bawa ke wad kanak2 sebab masalah nak bersalin normal tadikan baby tiba2 jantung lemah. Yanie dapat jumpa baby tak sampai 5minit pun tapi yanie bersyukur sebab semuanya dah selamat.




Alhamdullilah dapat baby boy.


Baby AAR fresh baru keluar dari perut mama & akan ditolakkan ke wad kanak2.


Baby AAR hari ke-2 baru jumpa mama. Good boy nak jumpa mama terus buka mata.


Good boy baby AAR pandai menyusu dan tidur lena sebab kekenyangan.


Yeay yeay baby AAR dah boleh balik rumah tokwan & toktok .

InsyaAllah nanti ada rezeki baby ke-2 yanie akan sharekan lagi pengalaman bersalin baby ke-2 pula yerk. Doakan yanie lepas nie rajin berblog. Rindu sangat nak berblog. Yanie nak simpan kenangan, pengalaman dan sebagainya dalam blog. Jumpa lagi di blog seterusnya mengenai anak bujang mama AAR yang genap usianya 2tahun 3bulan 1hari pada hari nie.

Ahmad Aryan Razin Bin Mohd Zahir

No comments:

Post a Comment