KESIHATAN LEBIH PENTING DARIPADA KEMEWAHAN.

" Harga atau nilai kesihatan tidak akan di ketahui oleh orang lain kecuali orang-orang yang sakit sahaja ". Kerana orang ramai tidak akan kenalinya sebelum hilang kesihatan pada diri mereka dan ,ereka akan mula berebut-rebut dengan ubat-ubatan yang mampu mereka beli dengan wang yang banyak di mana-mana hospital swasta. Dalam mengejar impian kehidupan gaya moden yang penuh kemewahan ramai yang akan terlupa bahawa kesihatan yang sempurna adalah merupakan suatu kemewahan yang paling berharga di atas muka bumi Allah S.W.T ini.

Anda sendiri boleh buat pilihan untuk kehidupan keluarga anda :-

1) Anda seorang yang sangat kaya tetapi tiada masa untuk bersama keluarga dan tidak  ada masa langsung untuk mengambil tahu masalah kesihatan yang dihadapi oleh keluarga tersayang anda. Anda hanya memikirkan kemewahan dan berfoya-foya dengan larangan oleh Allah S.W.T.


2) Anda seorang yang serderhana, kehidupan anda serderhana juga amat pentingkan kehidupan bahagia serta kesihatan yang sihat untuk keluarga diutamakan. InsyaAllah hidup anda sekeluarga di jalan Allah S.W.T sangat diredhai. Amin.



Jelaslah bahawa kesihatan dapat melahirkan kesejahteraan hidup yang lebih menyeluruh berbanding dengan kemewahan yang bersifatkan kebendaa. Sesungguhnya, kesihatan itu lebih penting daripada kemewahan.

No comments:

Post a Comment