5 Tips Jaga Anak Demam Panas.

Bila saat anak kita demam panas waktu malam mesti kita akan menggelebah serta risau pada anak kita yang sedang menggigil-gigil dan muntah atas katil. Walaupun yanie belum berumahtangga tapi yanie pernah dapat situasi begini. Bila rania demam tiba-tiba waktu malam dan suhunya mencecah 40.C memang kami sekeluarga akan risau serta bangun dari tidur kerana takut suhu badan dia akan meningkat dan boleh menyebabkan tarik. Jadi hari ini yanie akan kongsikan 5 tips jaga anak demam panas. Ini adalah tips selalu yanie gunakan untuk anak buah kesayangan yanie.

Yanie sendiri tidak mampu melihat rania sakit dan demam kerana zuriat yang dilahirkan daripada darah daging kita merupakan sebuah anugerah yang terindah dan amanah yang perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Pergorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak adalah satu pelaburan yang akan memberi ganjaran yang cukup besar di dunia dan di akhirat. Jadi semua ujian yang diberikan oleh Allah dalam membesarkan anak-anak perlulah kita terima dengan penuh kesabaran yang tinggi dan usaha di samping berdoa kepada Allah S.W.T .

Suhu demam anak anda meningkat.
SUHU DEMAM ANAK ANDA MENINGKAT.

  1. Sentiasa Cek Suhu Badan Anak.

    Suhu badan budak yang normal ialah 36.7 C. Sebab itulah gunakan termometer yang boleh anda dapatinya di kedai-kedai farmasi kawasan perumahan. Justeru itu setiap keluarga wajib ada termometer ini dirumah anda kerana alat ini adalah penting dan perlu ada di rumah untuk waktu kecemasan. Sama ada, jenis letak di dahi, di mulut mahupun di telinga. Itu terpulang kepada kemampuan keluarga anda masing-masing. Kerana bila anak demam, kita sebagai ibu bapa haruslah sentiasa cek suhu badan mereka. Jangan biarkan suhu badan mereka semakin meningkat. Bila suhu badan anak semakin panas dan melebihi 38 darjah celcius kita sebagai ibu bapa haruslah mencari inisiatif untuk menurunkan suhu badan anak anda daripada terus menaik suhu badan mereka.


    Lapkan satu badan dan letakkan atas kepala bayi anda
    LAPKAN SERTA JARAMKAN SELURUH BADAN DAN LETAK ATAS KEPALA.

  2. Jaramkan Dengan Air.

    Jika suhu badan anak semakin meningkat dan terlalu panas, ambil tuala dan rendamkan tuala tersebut dalam air suam, serta jaramkan ke seluruh badan anak anda kemudian letakkan di atas kepala tuala tersebut. Kerana tuala diatas kepala dapat tarik suhu panas dalam badan anak anda. Boleh juga jaramkan di bahagian pelipat seperti ketiak, celah peha, dan celah kaki. Selepas jaramkan anak anda, anda perlu celup semula ke dalam air suam untuk teruskan jaram dan lap anak anda. Jangan biarkan tuala tersebut terlalu lama di atas kepala kerana air pada tuala itu akan kering selepas menarik suhu badan anak anda. Biar anak anda pakai pampers sahaja ataupun pakai singlet sahaja. Jangan biarkan anak pakai baju yang tebal kerana suhu dalam badan takkan keluar. Bila suhu makin meningkat kerapkan mandi anak anda segera dengan air paip dan biarkan suhu badan yang panas akan cepat keluar dari badannya.


    Kerapkan bagi anak anda Susu & Air Semasa Demam
    KERAPKAN BAGI ANAK MINUM AIR MASAK & SUSU.
  3. Minum Banyak Air Masak & Susu.

    Berikan anak anda air masak yang mencukupi setiap hari. Kerana semasa anak demam suhu badan yang meningkat akan menyebabkan badannya mudah kekeringan air serta badan mudah penyah-hidratan (kurang air/kehausan). Bila badan anak anda yang kekeringan air ianya lebih lambat untuk sembuh dan ini akan membawa kepada masalah yang lain pula seperti ketidakseimbangan elektrolit (garam galian) di dalam badan. Jika kekeringan air ini dibiarkan melarat ianya boleh menyebabkan anak mendapat sawan, kerosakan buah pinggang dan otak malah mungkin akan menyebabkan kematian. Jika anak minum susu badan, berikan sekerap yang mungkin kerana boleh menurunkan suhu badan anak. Kerana susu ibu adalah penawar dan vitamin antibodi yang mampu melawan penyakit yang diserang oleh anak anda. Manakala jika anak minum susu formula, berikan susu formula yang biasa anak anda minum dan jangan tukar-tukaran susu formula mereka. 


    Bila anak demam. Kita sebagai ibu bapa sentiasa berikan perhatian sepenuhnya untuk mereka.
    SENTIASA BERSAMA & BERIKAN PERHATIAN KEPADA ANAK.
  4. Sentiasa Berikan Perhatian Kepada Anak.

    Semasa anak anda tidak sihat atau demam panas teruk, mereka sebenarnya memerlukan perhatian yang lebih daripada anda. Anda sebagai ibu bapa haruslah berikan mereka perhatian dan sentiasa bersama mereka waktu mereka tidak sihat walaupun demam panas yang teruk. Jangan biarkan mereka dan abaikan mereka. Anda sebagai ibu bapa haruslah ambil hati mereka, contohnya tanya perasaan mereka, tanya mereka apa yang mereka inginkan, ajak berbual-bual ataupun temankan mereka bermain serta bacakan buku kegemaran mereka. Biar mereka rasa lebih seronok dan kesakitan mereka tidak akan dirasainya. Anda sentiasalah mencium dan memeluk mereka dengan penuh kasih sayang. Berikan mereka kata-kata semangat kepada mereka, contohnya cakap ibu sayang kamu sayang, cepat sihat sayang dan nanti sihat ibu akan bawa kamu pergi jalan-jalan sayang. InsyaAllah pasti anak anda akan cepat sembuh dari kesakitannya.


    Kita Sebagai IbuBapa haruslah Sentiasa Berdoa Dan Bermohon Kepada Allah S.W.T.
    IBU BAPA HARUSLAH SENTIASA BERDOA PADA ALLAH S.W.T.

  5. Berdoa Pada Allah S.W.T.

    Doa juga adalah merupakan senjata utama dalam hidup kita sebagai umat Allah S.W.T dalam setiap masalah yang kita hadapi. Walau sejauh manapun kita mencari ikhtiar kita sebagai umat Allah S.W.T tidak boleh lupa kepadaNya. Memohon dan berdoalah kepadaNya agar semua yang kita sudah lakukan dapat dimudahkan. Jangan kita tidak percaya akan kekuasaanNya untuk membantu kita. Sebenarnya Dia lagi mengetahui apa yang sedang berlaku terhadap kita semua di muka bumiNya. Kita sebagai umatNya haruslah memohon pertolongan kepada Allah untuk permudahkan urusan kita. Kita juga perlulah penuhkan amalan rohani kita. Lakukan solat fardhu di awal waktu, cuba lakukan solat sunat, selalu mengaji, jangan lupa basahkan bibir anda dengan zikir-zikir serta membaca yassin. InsyaAllah Allah S.W.T akan permudahkan semuanya kerana iaNya hanya akan menguji hambaNya yang mampu menanggung ujianNya.

KESIMPULANNYA :

Alhamdullilah kesimpulannya yanie sering lakukan tips di atas untuk anak buah kesayangan yanie. Yanie memang akan bekalkan mereka dengan Supplemen Shaklee kerana ianya lebih baik dan selamat daripada ubat hospital/klinik kerana ianya mengandungi bahan kimia serta dadah. Yanie berikan supplemen yang pasti anak suka ibu bahagia & ayah ceria. Inilah supplemen yang yanie berikan kepada anak buah kesayangan yanie setiap hari Set Vitamin Anak Sihat. Anda sebagai ibu bapa mesti mahu berikan yang terbaik untuk mereka. Jadi dapatkannya daripada yanie sendiri. Memang bagus sangat kerana susah jatuh sangat dan sentiasa sihat, pintar, bijak serta kekal aktif.

Email : elyanie_cheros@yahoo.com
SMS@Whatsapp : 019-4644386
FB PAGE :https://www.facebook.com/ElzaVitacom

JOM TONTON VIDEO DI BAWAH : ANAK KURUS KERING & KERAP SAKIT !


No comments:

Post a Comment