RESEPI WANTAN HOR.

Assalammualaikum dan Selamat Pagi.

Pagi ini yanie nak kongsikan dengan anda semua satu resepi masakan yang sangat sesuai untuk anda sekeluarga dan sangat mudah dibuat bila kekangan masa untuk memasak.
Yang pasti hari ini menu yanie adalah WANTAN HOR.
Tengah tunggu pakcik jual sayur-sayur dan bahan mentah datang depan rumah.
Baru boleh sediakan barang-barang. Tapi tak pe yanie akan bagi gambar goggle untuk korang tengok apa itu wantan hor.

RESEPI WANTAN HOR
GAMBAR GOGGLE : WANTAN HOR

RESEPI UNTUK SEKELUARGA (4 ORANG)

Bahan-Bahan untuk kuey teow :
Sebungkus kuey teow.
1 sudu kicap manis.
1 sudu kicap pekat
1/2 sudu minyak masak.

Cara Masak untuk kuey teow :
1) Panaskan kuali bersama 1/2 sudu minyak masak. 
2) Kemudian masukkan kuey teow, kicap pekat dan kicap manis. 
3) Gaulkan sehingga sebati dengan kuey teow sampai masak. 
4) Kemudian ketepikan di sebelah.


Bahan-bahan untuk kuah :
2 ulas bawang putih (dicincang)
Semangkuk isi ayam di potong kecil
1 paket bebola ikan
Sedikit sayur-sayuran (lobak merah, sawi, brokoli, jagung putik yang dipotong)
Sedikit garam
1 sudu sos tiram
1 biji telur
1 sudu tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Air 1 jag kecil
Sedikit minyak masak.

Cara Masak untuk kuah :
1) Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. 
2) Masukkan ayam dan sos tiram biarkan sehingga masak sebentar.
3) Masukkan air 1jag kecil (boleh ikut suka nak kuah banyak mana)
4) Selepas kuah sudu mendidih dan menggelegak boleh masukkan sayur-sayuran. 
5) Bila sayur-sayuran sudah hampir layu sedikit masukkan pula tepung jagung yang telah dibancuh tadi, sedikit garam dan kemudian masukkan pula telur. 
6) Kacau supaya telur tadi hancur dan biarkan kuah tersebut mendidih.
7) Akhir sekali bolehlah dihidangkan bersama kuey teow yang sudah digoreng tadi.


p/s: Jika nak lebih pedas anda boleh masukkan cili padi di atasnya. Boleh juga buat sambal kicap. 

Jadi anak kita pun boleh makan bersama-sama.
Ini juga salah satu resepi kesukaan anak buah yanie.
Tukarkan koey teow kepada nasi.
Memang laku sangat.

Selamat Mencuba. 
Boleh buat untuk dinner hari ini bagi yang bekerja.


8 comments:

  1. lebih kurang mcm kuey teow hong kong kan? X pernah lagi try buat, nnt nak try la :)
    tq sharing resepi ye yani..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup akak alaw koey teow hongkong. Tapi koey teow goreng dengan kicap bukan dangan telur. Try la yerk.

      Delete
  2. mcm sedap jew.. demam2 ni kalau ade org masakkn.. best jugak.. huhuu

    ReplyDelete