5 Punca Jerawat Mudah Naik.


Selamat Pagi Semua. Mesti ramai yang balik kampung bukan. Maklumlah cuti sabtu ahad boleh balik jumpa abah & emak di kampung halaman. Selamat bercuti semua. Hari ini yanie akan sharekan something pada korang.

Ok ini yang yanie nak share dengan korang 5 punca jerawat mudah naik dekat wajah comey cantik korang. Mesti tertekan bukan bila jerawat naik dekat muka korang. Tambah-tambah masa hari pertunangan mahupun perkahwinan korang. Jadi jom kita mencegah sekarang daripada biarkan jerawat bebas di muka anda. Sebelum mencegah jerawat mudah naik pada muka jom kita sharekan dahulu 5 punca jerawat mudah naik :-

  1. HORMON
    Kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen pada usia remaja anda. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat. Lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.
  2. STRESS
    Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.
  3. PEMAKANAN
    Punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.
  4. BAKTERIA
    Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes 
    yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.
  5. ALAT SOLEK
    Alat solek sebenarnya bukanlah punca jerawat yang terbesar pada kulit muka, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik dan bersih selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit muka anda.
SET KULIT JERAWAT!

Nak tahu lebih lanjut kena dapatnya sendiri daripada yanie. 
Anda kena cuba dulu baru tahu. 
Jangan tunggu lagi. 
Anda layak dapatkannya untuk jaga kesihatan anda.

Email : elyanie_cheros@yahoo.com
SMS@Whatsapp : 019-4644386

No comments:

Post a Comment