Penyakit Jantung Semakin Meningkat.

SAKIT JANTUNG : MENINGKAT !


Takut tak bila kita dengar sendiri dan tahu sendiri serta nampak dengan mata sendiri bahawa penyakit jantung semakin meningkat di Malaysia. Dalam poster di atas menunjukkan bahawa 1 daripada setiap 6 kematian di hospital kerajaan. Untuk makluman semua pada masa sekarang iaitu tahun 2014 sudah mencecah 1 daripada setiap 3 kematian yang akan berlaku di hospital kerajaan. Dengan kadar cepat dan meningkat masalah sakit jantung ini menjadi lebih teruk dan berleluasa. Ini di sebabkan punca-punca pemakanan, persekitaran dan gaya hidup kita pada zaman sekarang.

" Umum mengetahui penyakit jantung menjadi pembunuh utama negara. Saban tahun statistik penghidap jantung meningkat berikutan kurangnya penjagaan kesihatan seperti tidak mengamalkan senaman dan pengambilan makanan tidak sihat. "
Sumber : myMetro

Punca-punca Sakit Jantung : 
* Usia - Risiko tinggi selepas menopaus.
* Kolesterol berlebihan.
* Tekanan darah tinggi.
* Merokok.
* Gaya hidup di bawah tekanan tinggi. 
* Lemak berlebihan. Ukuran lilit pinggang melebihi 80 sentimeter meningkatkan risiko sakit jantung. 
* Kurang bersenam. 
* Kencing manis atau diabetes.
* Sejarah keluarga.

Tanda Serangan Sakit Jantung :
* Sakit dada.
* Sesak nafas. 
* Pening kepala. 
* Jantung berdebar. 

Faktor-faktor Sakit Jantung : 
1) Asap rokok 
* Mempercepatkan pembekuan darah.
* Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
* Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
* Tekanan. 
* Degup jantung dan tekanan darah akan meningkat jika seseorang itu mengalami tekanan perasaan. 

2) Kandungan lemak tinggi 
* Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. 
Makanan yang tinggi lemak termasuk mentega, minyak sapi dan daging 

3) Kurang bersenam 
* Senaman penting untuk menguatkan jantung. Ia juga mampu memperbaiki pengaliran darah ke jantung.

4) Darah Tinggi 
* Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah. Jantung ‘terpaksa’ mengepam lebih kuat untuk menyalurkan darah melalui saluran yang sempit. Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar peluang diserang sakit jantung. 

5) Kencing manis 
* Pesakit kencing manis lebih tinggi peluang untuk mendapat serangan jantung. 


Faktor lain yang meningkatkan kemungkinan menghadapi penyakit jantung koronari :

* Keturunan menghidap penyakit jantung.
* Berusia 35 tahun ke atas dan berat badan berlebihan. 
* Merokok. 
* Gagal kawal tekanan darah. 
* Hidap penyakit kencing manis. 
* Tekanan. 
* Kurang bersenam.


Sayangi Jantung Anda. Mencegah lebih baik daripada di mengubati. 
J
om dapatkan vitamin untuk kesihatan jantung anda yang lebih baik, semulajadi, berkesan, selamat dan yang paling penting halal. Supplemen Shaklee untuk anda semua yang tersayang. Nak tahu lebih lanjut boleh hubungi yanie dengan kadar segera.


Email : elyanie_cheros@yahoo.com
SMS@Whatsapp : 019-4644386

No comments:

Post a Comment